Hanya kerana berebut hasil tanaman jagung, adik tetak abang dengan golok

WhatsApp Image 2022 06 07 at 8.03.14 PM e1654606915219

Hanya kerana berebut hasil tanaman jagung, adik tetak abang dengan golok.

Hanya kerana berebut hasil tanaman jagung yang diusahakan di atas tanah pusaka milik arwah bapa, seorang penagih dadah sanggup menetak abangnya sendiri dengan sebilah parang dalam kejadian di Kampung Tualang Keliki, Machang di sini, Jumaat lalu.

Sehari sebelum kejadian, berlaku perselisihan faham antara suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an dengan kakaknya berusia 30-an kira-kira pukul 9.30 malam dipercayai berpunca daripada kutipan hasil tanaman jagung itu sebelum dia bertindak menghunus sebilah pisau kepada wanita itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Mohd. Zahir Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, abangnya cuba meleraikan pergaduhan sebelum suspek mencederakan paha lelaki itu dengan pisau tersebut.

WhatsApp Image 2022 06 07 at 8.03.14 PM e1654606915219

Menurutnya, abang mangsa telah dibawa ke Hospital Machang di sini untuk menerima rawatan sebelum dibenarkan pulang ke rumah pada malam itu.

“Suspek bagaimanapun masih tidak berpuas hati dengan abangnya telah datang ke rumah lelaki itu keesokan harinya dengan membawa sebilah golok sebelum menetak mangsa.

“Tetakan itu menyebabkan abangnya cedera pada lengan, kepala dan lutut sebelum dia dibawa semula ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Zahir, polis telah mengesan suspek sebelum dicekup di kawasan kebun jagung di belakang rumahnya kira-kira pukul 3.20 pagi pada Sabtu lalu.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai tiga rekod lampau berkait kes jenayah dan satu kes dadah.

Baca lagi: 

[VIDEO] Laungan tolak wahabi oleh sekumpulan lelaki ‘menggegarkan’ forum dihadiri Dr Maza di Kelantan

Ahli perniagaan tersilap buang plastik hitam berisi duit RM90,000, diangkut lori sampah

Isteri orang dicekup khalwat di hotel, alasan nak pergi kelas senam aerobik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *