Malaysia pernah ada Perdana Menteri berbangsa Cina, tapi ramai yang tak tahu. Satu berita yang mengejutkan bagi rakyat Malaysia apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 dan kabinet dibubarkan secara serta-merta.
Namun, buat masa sekarang, beliau menjadi caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baru dilantik.
Semasa perletakkan jawatan Muhyiddin, ia secara tiba-tiba mengingatkan kami dengan isu UMNO pernah diharamkan oleh mahkamah akibat krisis dalaman diorang. Ketika UMNO dibubarkan, Dr Mahathir hilang kelayakan sebagai Perdana Menteri dan terpaksa bagi orang lain jawatan tu.
Kalau korang nak tahu, kita pernah ada pemangku Perdana Menteri berbangsa Cina untuk beberapa hari.
Hahhh…macam mana benda ni boleh terjadi? Benda ni terjadi apabila mahkamah mengambil keputusan untuk mengharamkan UMNO ketika tu.
Apabila UMNO diharamkan, berlaku kekosongan untuk jawatan Perdana Menteri masa tu…
Apasal pulak UMNO boleh diharamkan? Hahhh…meh kitorang cerita.
UMNO ada dua team, dua team ni bergaduh sehingga UMNO dibubarkan
Pada tahun 1987, ada satu krisis dalam UMNO apabila buat kali pertamanya jawatan Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO dicabar. Orang yang cukup berani tu adalah Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Disebabkan perebutan jawatan ni, muncul Team A (sokong Dr Mahathir) dan Team B (sokong Ku Li).
“Team A dipimpin oleh Dr. Mahathir yang mencerminkan kumpulan yang mendukung nasionalisme Melayu liberal manakala team B pula dipimpin oleh Tengku Razaleigh yang mendukong nasionalisme Melayu konservatif.” – Dipetik dari jurnal terbitan UKM.
Sebelum tu, Timbalan Perdana Menteri – Musa Hitam letak jawatan dan kedudukan tu diganti oleh Ghafar Baba. Kemudiannya, Musa bekerjasama dengan Ku Li untuk menentang pimpinan Dr Mahathir. Ku Li cabar Dr Mahathir untuk jawatan presiden parti dan Musa cabar Ghafar untuk jawatan timbalan presiden.
Nasib menyebelahi team Dr Mahathir dan Ghafar apabila diorang menang dalam pemilihan ni dengan majoriti tipis. Dr Mahathir menang dengan kelebihan 43 undi manakala Ghafar dengan 40 undi.
Team Ku Li tak puas hati dengan kemenangan Tun Mahathir ni. Kesannya, 11 orang penyokong Ku Li dah bawa kes ni ke mahkamah. Diorang kata ada perwakilan UMNO yang tak sah ikut sama dalam pemilihan parti. Jadinya, diorang nak mahkamah isytiharkan keputusan pemilihan UMNO tu sebagai tak sah.
Mahkamah Tinggi masa tu putuskan bukan je keputusan pemilihan UMNO tak sah, tapi dengan UMNO sekali tak sah. Sebab tu, status UMNO sebagai sebuah parti politik TERBATAL.
Maka, Dr Mahathir pun lepas tu asaskan sebuah parti politik baru dikenali sebagai UMNO (Baru), dalam masa sama Ku Li pun asaskan sebuah parti dikenali sebagai – Parti Melayu Semangat 46 (S46 atau Semangat 46).
Semangat 46. Imej dari UTUSAN
“Parti Semangat 46 telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1988 oleh sepuluh orang ahli perniagaan Melayu. Parti ini asalnya didaftarkan atas nama UMNO 46 pada 30 September 1988 tetapi ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan kerana menggunakan nama yang sama dengan UMNO (Baru) yang telah berdaftar.” – Dipetik dari jurnal terbitan UKM.
Macam mana pulak kita boleh ada Perdana Menteri yang berbangsa Cina?
Oleh kerana UMNO dah diharamkan, Dr Mahathir kehilangan kelayakan untuk jadi Perdana Menteri. Apabila tak layak jadi Perdana Menteri tu, kerusi tu pun dikosongkanlah.
Hahhh…masa inilah Ling Liong Sik yang masa tu jadi Presiden MCA dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional yang baru. Seterusnya, diletakkan sebagai pemangku Perdana Menteri sehinggalah kes pengharaman UMNO ni selesai.
Kalau ikut tafsiran Perlembagaan – Perdana Menteri Malaysia masa tu adalah Tun Ling Liong Sik. Walaupun tak berlaku perlantikan watikah secara rasmi daripada Yang diPertuan Agung kepada Tun Ling Liong Sik.
Cuba teka berapa lama dia jadi pemangku Perdana Menteri? Kalau ikut blog lamputih (satu-satunya maklumat yang kitorang berjaya dapat) Dia memegang jawatan ni selama 10 hari, dari 4 hingga 13 Februari 1988.
Perkataan ‘Baru’ ditambah dan dikaburkan dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( (‘Baru’)
. Menurut tafsiran mahkamah, UMNO lama dan UMNO Baru adalah dua benda berbeza, bukan parti yang sama. So, bila masalah UMNO ni dah settle, Dr Mahathir jadi Perdana Menteri semula. So kitorang pun takde maklumat apa yang Ling Liong Sik boleh buat dalam masa 10 hari.
Tapi dia tetap pernah jadi pemangku Perdana Menteri, so Malaysia memang pernah ada seorang pemangku PM dari bangsa Cina.
Bagi yang tak tahu – sebenarnya takde undang-undang yang menyatakan orang yang jadi PM mestilah berbangsa Melayu
. Sebenarnya boleh je bangsa lain, tapi oleh kerana ahli Parlimen kebanyakan Melayu – so sebab tu secara tradisinya PM mesti Melayu.
“Perdana Menteri Malaysia mesti seorang Melayu yang beragama Islam walaupun tiada undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang orang bukan Melayu menjawat jawatan itu kerana majoriti penduduk negara ini adalah orang Melayu,” – Prof Khoo Kay Kim, dipetik dari MStar
Siapakah yang layak menjadi Perdana Menteri yang ke-9?
Baru-baru ni, semua ahli Dewan Rakyat diarahkan supaya menghantar surat akuan kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-9 sebelum pukul 4 esok. Jadi, ia menimbulkan persoalan iaitu siapakah bakal Perdana Menteri itu.
Seluruh rakyat Malaysia sedang memikirkan siapakah yang layak jadi PM. Imej dari Keep Meme.
Berdasarkan kajian dan pengamatan kami di media sosial, ini merupakan antara calon-calon yang dipilih oleh para netizen berdasarkan pencapaian mereka:
Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Dato’ Ismail Sabri.
Tengku Razaleigh.
Tun Mahathir.
Dato’ Seri Najib Razak.
Walau bagaimanapun, ada juga segelintir netizen inginkan Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri semula. Sebenarnya, susah untuk buat keputusan, jadi kita tunggu saja keputusan penamaan calon Perdana Menteri itu.