Demi ‘content’ TikTok, Wanita Islam sanggup makan kulit babi goreng

Photo of author

By Joe

Demi ‘content’ TikTok, Wanita Islam sanggup makan kulit babi goreng. Demi konten dan mahu meraih pengikut di laman TikTok, seorang wanita beragama Islam di Indonesia sanggup bertindak keterlaluan dengan sengaja memakan kulit babi goreng.

Lapor food.detik.com, rakaman video memaparkan selebriti TikTok dikenali sebagai Lina Mukerji menjamu hidangan itu, menjadi tular dan dikecam hebat oleh rata-rata warganet.

Dalam video dimuat naik menerusi akaun @lilumukerji baru-baru ini, Lina dilihat sedang makan di sebuah gerai makanan di Bali.

Demi 'content' TikTok, Wanita Islam sanggup makan kulit babi goreng

Dia memesan nasi dilengkapi hidangan lawar yang berupa campuran daging dan sayur serta kulit babi digoreng.

Selebriti TikTok itu kemudian secara sengaja menjamu hidangan berkenaan.

Malah, kata Lina, dia sedar tindakannya boleh mengundang kemarahan keluarganya yang tidak menerima perbuatan demikian.

“Hari ini, saya melanggar rukun iman dan sudah pastinya dokumen kartu keluarga saya akan ditarik balik.

“Namun, saya sengaja makan hidangan itu kerana rasa ingin tahu memandangkan banyak video makanan ranggup dimuat naik di TikTok,” katanya.

Lina juga mengakui sebelum ini dia pernah makan daging babi sebanyak tiga kali.

“Sebelum ini, saya makan daging babi secara tidak sengaja, namun kali ini saya sedar ketika menjamu hidangan itu,” katanya.

Pada akhir rakaman video itu, Lina mengakui dia makan hidangan babi itu semata-mata demi konten.

“Saya ingin minta maaf, ini sekadar konten,” katanya.

Baca Lagi:
Doktor sahkan jangkitan virus, pelakon Iqbal Mazlan sebak penglihatan hilang dalam masa 2 hari
Potong barisan tunggu teksi, lelaki diludah mat saleh ‘atas muka’
Lans koperal tembak isteri mohon ziarah kubur isteri selepas didakwa, sekali ini jawapan Majistret