Dah kenapa pulak ni?, Adik comel duet Siti Nurhaliza dalam video 19 tahun lepas dicari netizen

Dah kenapa pulak ni?, Adik comel duet Siti Nurhaliza dalam video 19 tahun lepas dicari netizen

Dah kenapa pulak ni?, Adik comel duet Siti Nurhaliza dalam video 19 tahun lepas dicari netizen. Perkongsian video persembahan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza oleh seorang pengguna TikTok menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan ‘dicari’ orang ramai dan diminta supaya munculkan diri.

Ia berikutan, video oleh Pakwehandsome itu dipercayai adalah rakaman ketika penyanyi yang mesra disapa Tokti itu mengadakan persembahan pada 19 tahun lepas sempena minggu setiausaha.

Sejurus memulakan persembahan, kanak-kanak itu dilihat naik ke pentas dan turut diajak berduet oleh Tokti sehingga menimbulkan keterujaan orang ramai sekali gus meminta kanak-kanak tersebut ‘muncul’.

Dah kenapa pulak ni?, Adik comel duet Siti Nurhaliza dalam video 19 tahun lepas dicari netizen

“Comelnya dia, nak tahu sangat dia yang sekarang,” komen seorang pengguna.

“Mana adik ni sekarang? Sila munculkan diri anda,” ujar Amazing_hasby.

“Dengan kuasa TikTok, muncullah adik itu sekarang,” seloroh Cik Siti.

“Agak-agak budak ‘bambam’ ni sekarang di mana? Tolong cari dia,” kata @AsMIDAH87.

@pakwehandsome1 bukan cinta biasa sempena minggu setiausaha.. #sitinurhaliza #tokti #ctdk #datosrisitinurhaliza #muziumsiti #fyp #tiktokmalaysiaindonesia🇲🇾🇮🇩 #bukancintabiasa ♬ bunyi asal – pakweHANDSOME

Baca Lagi:
Warisan umum tidak bertanding PRN 6 negeri, ini sebabnya
18 tahun dijaga keluarga angkat, sekali jumpa keluarga kandung buat ‘projek’ dengan bapa sendiri sampai hamil
Potong barisan tunggu teksi, lelaki diludah mat saleh ‘atas muka’
CATEGORIES