Rupanya selama ini ramai yang salah guna kipas, ini cara sebenar penggunaan kipas dalam rumah

Rupanya selama ini ramai yang salah guna kipas, ini cara sebenar penggunaan kipas dalam rumah

Rupanya selama ini ramai yang salah guna kipas, ini cara sebenar penggunaan kipas dalam rumah. Rumah jenis teres sederhana (tengah) kos rendah selalunya mempunyai peredaran udara (air-flow) yang sangat terhad. Atas sebab ini, terdapat sesetengah pemaju membuat rumah yang mempunyai ruang atau lubang udara. Selalunya ia digunakan sebagai halaman dalaman (internal courtyard) atau sebagai bilik dua kali ganda (double volume) yang boleh digunakan.

Tetapi, penyaman udara (aircond) bukanlah penyelesaian terbaik. Haba dan udara yang terperangkap di dalam rumah masih tidak dapat lari. Ini akan menyebabkan keadaan di dalam rumah meningkat haba.

Walaubagaimanapun, seorang juruelektrik berkongsi penjelasan dan penyelesaian mudah. Dengan hany menggunakan kipas sahaja, anda boleh mengurangkan jumlah udara panas yang terperangkap di rumah anda dengan hanya menggunakan kipas.

Rupanya selama ini ramai yang salah guna kipas, ini cara sebenar penggunaan kipas dalam rumah

Menurut video tersebut, berikut adalah beberapa tips yang dikongsi :
  • Buka pintu sedikit, jangan luas-luas
  • Halakan kipas ke luar rumah di depan pintu
  • Tekan nombor 3 pada kipas jika terlalu panas
  • Haba dari dalam rumah akan ditiup ke luar

Teknik ini boleh dicuba tanpa perlukan penghawa dingin pun.

Cara Lain Sejukkan Rumah

1. Gunakan Humidifier

Pelembap udara (humidifier) ini, tidak semahal penghawa dingin, tetapi ia boleh digunakan untuk membantu menambahkan kelembapan ke udara melalui titisan wap air.

Kini, ia semakin banyak dijual di pasar raya dan dalam talian. Menariknya, wangian juga boleh ditambah untuk menambahkan kesan selesa dan segar pada bilik.

2. Guna Kipas Meja & Letakkan Berdekatan Dengan Tingkap

Jika anda tidak mempunyai kipas siling, gunakan kipas meja dan letakkan berhampiran tingkap

Ini adalah untuk melepaskan haba yang terkumpul di dalam bilik. Lebih ramai pengikut lebih baik.

3. Letak bantal kecil ke dalam peti ais sejam sebelum tidur

Bila nak tidur, ambil bantal dan letak dekat badan. Balut bantal dengan plastik untuk mengelakkan ais cair meresap ke dalam tilam.

4. Letak selimut dalam Freezer

Lipat selimut menjadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam plastik. Sebelum tidur, keluarkan dari peti sejuk.

5. Basahkan tangan anda dan letakkan di belakang leher anda

Ini kerana bahagian ini adalah sensor yang mengawal suhu badan. Jika leher sejuk, seluruh badan juga sejuk.

Semoga tips dan petua-petua ini dapat sedikit sebanyak membantu anda mengharungi strok haba yang melanda Malaysia sekarang.

Baca Lagi:
Lelaki ‘kebal’ kelar leher sendiri, tarik usus perut macam tiada perasaan
Anggota polis tikam perut, kelar leher sendiri akibat kalah judi online
Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 mula berkuat kuasa
CATEGORIES