Mahkamah batal hukuman lelaki buat hantaran hina kalimah Allah

Mahkamah batal hukuman lelaki buat hantaran hina kalimah Allah

Mahkamah batal hukuman lelaki buat hantaran hina kalimah Allah. Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 terhadap seorang juruteknik aplikasi sosial, selepas mengaku bersalah membuat hantaran bersifat jelik berkaitan kalimah Allah.

Hakim Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan difailkan tertuduh, Chiok Wai Loong, 34, supaya pengakuan salah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan sebelum ini adalah bukan akuan jelas, tanpa bersyarat dan tidak boleh diterima.

Selepas mendengar hujahan pihak-pihak (pembelaan tertuduh dan pendakwaan), mahkamah membatalkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen terhadap sabitan dan hukuman.

Mahkamah batal hukuman lelaki buat hantaran hina kalimah Allah

Dengan itu, tertuduh diarahkan ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan secara penuh.

“Tertuduh akan menghadapi pertuduhan semula tetapi kali ini di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang berbeza dengan segera,” kata beliau.

Wai Loong diwakili oleh peguam, N Surendren manakala Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh, mengendalikan pendakwaan.

Pada 22 Mac yang lalu, Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman terhadap Wai Loong yang mendakwa hanya sebagai ‘keyboard warrior’ dan tidak menyedari bahawa kalimah Allah yang ditulisnya adalah menghina agama Islam.

Lelaki itu dituduh membuat dan menghantar komunikasi yang berniat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil ‘Chiok Wai Loong’ pada 18 Mac yang lalu.

Pertuduhan dikenakan di bawah Seksyen 231(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut subseksyen 233(3) akta yang sama dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa lelaki tersebut telah memohon maaf secara terbuka selepas didakwa menambahkan ketegangan dalam isu penjualan stoking yang bertulis kalimah Allah di sebuah kedai serbaneka.

Permohonan maaf itu dibuat di tengah-tengah kumpulan lelaki yang mencarinya kerana tidak puas hati dengan komen yang dibuatnya.

Lelaki tersebut telah memicu kemarahan pengguna maya selepas didakwa mengeluarkan komen meminta orang ramai untuk tidak terlalu sensitif dengan isu tersebut.

Beliau juga didakwa cuba untuk bergurau dengan memuat naik gambar stoking yang memaparkan wajahnya sendiri.

Baca Lagi:
Ramai yang belum tahu, Malaysia masuk senarai 50 negara yang tentera terkuat di dunia
Perbandingan kekuatan tenteran Iran dan Israel yang ramai tak tahu
Wanita status janda pertama dihukum sebat di Terengganu, dua kali ditangkap basah
CATEGORIES