Lelaki terkejut Nasi Kandar lauk sotong, ayam di KL berharga RM86.00

Lelaki terkejut Nasi Kandar lauk sotong, ayam di KL berharga RM86.00

Lelaki terkejut Nasi Kandar lauk sotong, ayam di KL berharga RM86.00. Seorang pemuda terkejut mengetahui hidangan Nasi Kandar yang dipesan di sebuah kedai makan dalam pusat beli belah di ibu negara, berharga lebih RM80.

Individu yang menggunakan akaun Facebook Cheng berkata, dia tidak sangka harga Nasi Kandar di Food Court Pavilion, Kuala Lumpur begitu mahal kerana mengenakan harga sehingga RM86 untuk dua pinggan nasi putih dan dua jenis lauk.

Berdasarkan resit dan gambar makanan yang dikongsi, lelaki tersebut mengambil dua jenis lauk iaitu ayam bahagian quarter berharga RM11 dan satu sotong bersaiz XL berharga RM70.

Lelaki terkejut Nasi Kandar lauk sotong, ayam di KL berharga RM86.00

Dalam sebuah laman kumpulan Facebook, lelaki itu bertanya sama ada harga tersebut adalah ‘biasa’ di KL kerana dia datang jauh dari Johor, dan tidak biasa dengan harga Nasi Kandar di sini.

Lelaki itu juga dikenakan caj bagi dua ketul sotong walaupun dia hanya mengambil satu sahaja.

Lelaki terkejut Nasi Kandar lauk sotong, ayam di KL berharga RM86.00

Gambar dikongsi Cheng

“Pekerja itu memberitahu saya bahawa saiz sotong itu besar, maka harganya dua kali ganda. Tetapi saiz sotong di situ semuanya sama,” kata Cheng.

Hantaran tersebut kemudian mendapat perhatian ramai dan dikongsi berkali-kali dengan rata-rata penduduk KL mengatakan harga tersebut sememangnya mahal dan ia bukan perkara ‘biasa’ bagi mereka.

Lelaki terkejut Nasi Kandar lauk sotong, ayam di KL berharga RM86.00

Mereka juga berseloroh mengatakan hanya individu tertentu sahaja yang berani ambil sotong jika makan di mana-mana kedai Mamak.

Ada juga menasihatkan agar orang ramai tidak memesan lauk seperti udang dan sotong jika makan di Mamak jika tidak mahu dikenakan harga yang mahal.

Baca Lagi:
“Kenapa jadi begini?”, peminat terkejut dengan perubahan mendadak pelakon Riena Diana semakin seksi
Pelajar tingkatan empat kantoi berkhalwat di hotel bajet Kota Bharu
Penonton maut dirempuh kereta litar lumba Dato Sagor
CATEGORIES