Cikgu buat live masa spotcheck asrama, habis kantoi netizen datang komen siap bongkar tempat sembunyi barang

Cikgu buat live masa spotcheck asrama, habis kantoi netizen datang komen siap bongkar tempat sembunyi barang

Cikgu buat live masa spotcheck asrama, habis kantoi netizen datang komen siap bongkar tempat sembunyi barang. Sudah lumrah kehidupan di asrama sekolah, pasti ada beberapa peraturan yang kita perlu ikut. Tidak seperti di rumah, kebebasan di asrama ada sempadannya. Ini kerana kebanyakan penghuninya adalah mereka yang masih bersekolah dan berada di bawah umur.

Bagaimanapun, seiring peredaran waktu, kehidupan di asrama juga mula berubah. Dengan pelbagai aplikasi yang terhidang, orang luar kini boleh melihat bagaimana spotcheck atau pemeriksaan mengejut dilakukan oleh para warden atau penjaga para pelajar di asrama.

Melalui perkongsian netizen di Twitter, seorang guru yang dipercayai merangkap penjaga pelajar-pelajar asrama sekolah telah membuat siaran langsung sambil melakukan pemeriksaan mengejut ke atas pelajar asarama.

Cikgu buat live masa spotcheck asrama, habis kantoi netizen datang komen siap bongkar tempat sembunyi barang

Di dalam video tersebut, kelihatan guru tersebut membuat rondaan di sekitar bilik sambil membaca komen-komen netizen yang memberi beliau tips dimanakah barangan terlarang seperti rokok dan telefon bimbit disimpan.

Cikgu buat live masa spotcheck asrama, habis kantoi netizen datang komen siap bongkar tempat sembunyi barang

Netizen meminta agar guru tersebut untuk memeriksa di bawah katil kerana ujarnya lokasi tersebut selalu menjadi tempat persembunyian rokok. Sebahagian lagi meminta agar guru tersebut melihat di bahagian belakang tingkap atau di celah-celah almari kerana di situ selalunya menjadi tempat persembunyian telefon bimbit.

Sejak dimuat naik, video tersebut telah dimainkan sebanyak 48,000 kali dan diulang ciap sebanyak lebih 1,000 kali.

Baca Lagi:
“Bapak suka baby”, sanggup ambil anak angkat banyak-banyak, tapi kali ini baby perempuan sikap lain macam..
“Hari ini ada rezeki lebih sikit”,- Ayah hanya mampu belikan plastik sebagai mainan untuk anak-anak
Hairan bilik air mak mertua selalu berlendir, bila tanya suami, dia tunduk malu dan aku mula korek cerita…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *