Suami Umie Aida kritik filem ‘Anwar The Untold Story’, filem haprak meloyakan

Suami Umie Aida kritik filem ‘Anwar The Untold Story’, filem haprak meloyakan

Suami Umie Aida kritik filem ‘Anwar The Untold Story’, filem haprak meloyakan. Filem biopik ‘Anwar: The Untold Story’ yang diarahkan oleh pengarah dari negara jiran, Indonesia, Viva Westi telahpun menemui peminat bermula semalam, 18 Mei 2023 di pawagam seluruh Malaysia.

‘Meloyakan’

Suami Umie Aida kritik filem 'Anwar The Untold Story', filem haprak meloyakan

Ramai rakyat Malaysia telahpun menonton filem yang bakal mengundang kepelbagaian komen dari netizen. Di laman twitter, MURAI tertarik dengan ulasan dari seorang ahli perniagaan dan ahli politik Malaysia, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan. Suami kepada pelakon tempatan, Datin Paduka Umie Aida ini dilihat tidak menyukai filem ini yang dianggap meloyakan.

“Saya baru menonton filem ‘Anwar The Untold Story’ yang amat memualkan serta meloyakan. Filem ‘haprak’ yang berunsur propaganda untuk memfitnah dan mencemarkan reputasi Tun Dr Mahathir Mohamad sekaligus mengangkat diri sendiri seperti ‘Godfather.’”

Suami Umie Aida kritik filem 'Anwar The Untold Story', filem haprak meloyakan

Tidak menjalani proses kajiselidik

Tambahnya lagi, dia berpendapat filem ini tidak menjalani proses kajiselidik yang berteraskan fakta yang tepat.

“Pembikinan filem tanpa proses kajilidik yang berteraskan fakta yang tepat serta banyak unsur-unsur ‘misleadings.’ Tiadakah pengarah dari Malaysia untuk mengarah filem ini? Siapa yang menulis skrip filem ini?”

99% pelakon dari Indonesia

Khairuddin juga mengkritik filem ini yang terlalu banyak pengaruh dari negara jiran termasuk penggunaan bahasa dan lokasi penggambaran.

“Dalam masa yang sama saya merasai seolah-olah menonton filem Indonesia kerana pelakon-pelakonnya ‘berusaha keras’ untuk bercakap bahasa melayu tetapi bunyinya sumbang. 99% pelakon dari Indonesia.

Hampir 95% lokasi penggambaran juga di Indonesia. Ketika saya menonton babak ‘Reformasi’ saya fikir itu adegan tunjuk perasaan pekerja asing di M’sia. Namun,saya hendak beri kepujian pada tajuk filem ini ‘Anwar The Untold Story’ kerana memang byk yg sesungguhnya ‘TAK UNTOLD!’ #KALAU TAKUT DGN RISIKO JGN BICARA SOAL PERJUANGAN.”- ujarnya.

Filem ini diterbitkan Yusrych Global dengan Zukiflee Anwar Haque atau Zunar selaku penerbit eksekutif, manakala edaran oleh DMY Creation.

Filem Anwar: The Untold Story menggandingkan pelakon Malaysia, Farid Kamil yang memegang watak utama Anwar dan Hasnul Rahmat (Tun Dr. Mahathir Mohamad), selain aktres Indonesia iaitu Acha Septriasa (Dr. Wan Azizah).

Baca Lagi:
Lelaki terkejut dari tidur terasa macam mimpi nampak harimau depan mata baham anjing putih
Perkhidmatan Maybank akan tergendala selama 2 hari Sabtu dan Ahad
Jep Sepahtu bawa Bentley buat pergi kerja raih perhatian ramai, ‘tak macam orang kaya lain, kereta mahal semua simpan’
CATEGORIES