Lelaki minta cerai masa malam pertama, terkejut tengok muka isteri tanpa make up

Lelaki minta cerai masa malam pertama, terkejut tengok muka isteri tanpa make up

Lelaki minta cerai masa malam pertama, terkejut tengok muka isteri tanpa make up. Pasangan yang baru lepas berkahwin pasti banyak perkara yang mereka ingin lakukan bersama betul tak?

Iyalah sekarang sudah halal, pada masa inilah kita nak kenal lebih mendalam perangai dan ragam pasangan kita. Kebiasaannya pasangan yang baru lepas berkahwin semuanya indah belaka.

Kita boleh lihat hari-hari kecantikan dan ketampanan pasangan kita tanpa perlu berjauhan atau rasa rindu.

Lelaki minta cerai masa malam pertama, terkejut tengok muka isteri tanpa make up

Namun, berbeza dengan kes di China ini apabila seorang lelaki sanggup meminta cerai hanya beberapa jam selepas berkahwin dengan isterinya telah mendapat perhatian ramai.

Rasa diri tertipu lepas lihat wajah sebenar isteri

Menurut laporan, lelaki berkenaan merasa tertipu selepas melihat wajah sebenar isterinya pada malam pertama selepas perkahwinan mereka.

Lelaki dari China yang bernama Cao telah bertemu pasangannya, Trang, melalui media sosial. Umur mereka agak jauh, Cao berumur 30 tahun, manakala Trang berumur 47 tahun.

Walaupun perbezaan umur agak besar, ia tidak bermakna Cao berputus asa untuk hubungan dengan Trang. Hubungan mereka berterusan, tambahan pula Trang sentiasa tampil dengan solekan yang cantik dan pakaian yang bergaya.

Sejak pertama kali mereka bertemu, Cao terus tertarik melihat kecantikan kekasihnya itu. Tambahan pula, latar belakang keluarga mereka agak serupa.

Beri dua pilihan kepada suami sebelum cerai

Selepas beberapa lama bercinta, Cao memutuskan untuk melamar Trang. Perkahwinan Cao dan Trang diadakan secara ringkas di kampung halaman mereka.

Pada malam pertama perkahwinan mereka, Cao berasa sangat gembira. Namun, rasa itu terus hilang selepas saja dia melihat wajah asli isterinya tanpa solekan. Cao begitu terkejut apabila melihat wajah sebenar isterinya tanpa mengenakan sebarang alat solek.

Rupa-rupanya, setiap kali mereka bertemu Trang akan sentiasa bersolek dan berpakaian rapi. Kemahiran Trang dalam solekan telah membuatkan Cao tidak mengenali wajah asli isterinya itu.

Kejutan itu telah membuatkan Cao rasa tertipu dan akhirnya pada malam tersebut dan meminta cerai lalu menghalau isterinya keluar dari rumah.

Difahamkan, Trang akhirnya memberikan dua pilihan kepada Cao untuk dibuat. Pilihan pertama, adalah mereka berdua akan mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah dan terus tinggal bersama.

Pilihan kedua pula, pasangan itu akan bercerai tetapi Cao perlu membayar wang pampasan kepada Trang sebanyak 200,000 yuan (RM127K).

Namun, sehingga kini masih tidak dapat dipastikan sama ada mereka bercerai atau tidak.

Rumit betul macam ini ya, sampai nak bercerai :/

Baca Lagi:
‘Pocong’ dipukul orang kampung
5 putera Raja Malaysia yang paling handsome, no 4 tak pernah nampak pun selama ini
Senarai ATM yang boleh tukar duit raya, siap dapat sampul free
CATEGORIES