Lelaki hentak kepala anak kekasih dipenjara seumur hidup,15 sebatan

TERBARU 168 e1660536050115

Lelaki hentak kepala anak kekasih dipenjara seumur hidup,15 sebatan.

Seorang lelaki Singapura dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh bayi teman wanitanya dengan cara menghentak kepala mangsa ke lantai sebuah van miliknya, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Hakim Mahkamah Tinggi Singapura ketika perbicaraan berkata, tertuduh, Mohamed Aliff Mohamed Yusoff, 29, melakukan perbuatan itu selepas bertengkar dengan teman wanitanya, Nadiah Abdul Jalil.

Dia pada awalnya mendakwa bayi berusia sembilan bulan itu terjatuh daripada dukungannya dalam kejadian pada November 2019.

Lelaki hentak kepala anak kekasih dipenjara seumur hidup,15 sebatan

Namun, mahkamah mendapati dia sebenarnya menghentak kepala bayi lelaki berkenaan di atas lantai kayu van miliknya sekurang-kurangnya dua kali.

Mahkamah diberitahu bahawa jenayah itu berlaku di tempat letak kereta di Yishun ketika bayi bernama Izz Fayyaz Zayani Ahmad itu berada di bawah jagaan tertuduh.

Punca kematian mangsa didedahkan sebagai kecederaan akibat terkena objek tumpul.

Tertuduh juga mengambil masa selama 36 minit sebelum membawa bayi itu ke hospital selain menyuruh teman wanitanya menipu pihak hospital mengenai kejadian sebenar yang berlaku.

Selain itu, tertuduh turut mencadangkan agar mereka mengupah seseorang untuk mengebumikan bayi itu secara rahsia serta merancang untuk memberitahu orang sekeliling bahawa mangsa hilang selepas setahun kemudian.

Selain penjara seumur hidup, tertuduh turut dijatuhi hukuman 15 kali sebatan.

Baca Lagi:

[Video] Petinju Thailand meninggal dunia mengalami pendarahan otak selepas terima pukulan ‘knockout’ petinju dari Malaysia. Pergh! Teruk kena tu..

Wanita bunuh suami selepas dipaksa tidur dengan 100 lelaki

Pak Long Jamil bekas banduan paling lama dipenjara meninggal dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published.