Siapa ingat lelaki hitam manis viral di traffic light? Ramai wanita kecewa dapat tahu dah kahwin semalam

Siapa ingat lelaki hitam manis viral di traffic light? Ramai wanita kecewa dapat tahu dah kahwin semalam

Siapa ingat lelaki hitam manis viral di traffic light? Ramai wanita kecewa dapat tahu dah kahwin semalam.

“Terbuai aku dalam mulut manismu yang penuh dengan janji palsu…”, penangan goyangan kepala santai sambil menunggu traffic light, siapa sangka seorang pemuda ini sempat viral di serata media sosial. Malah ramai sekali netizen memuji Angah Akif memiliki senyuman yang cukup manis sehinggakan tak puas dipandang.

Bukan itu sahaja, segala akaun media sosial dimiliki jejaka berkenaan turut diserbu ‘para peminat’ yang ingin melihat lebih banyak foto lain. Tak kurang juga, beratus-ratus pengguna TikTok melakukan parodi dengan menggunakan lagu sama sehingga sempat menjadi satu fenomena tahun lalu.

@ayah_amin #fypdoang ♬ original sound – Ayah_abdi

Member dah kahwin…Abang hitam manis off market

Setelah sekian lama populariti itu kian mereda, terbaru viral satu perkongsian lain mengenai Angah Akif. Khabarnya semalam pemuda hitam manis diminati ramai tersebut telah pun selamat mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihan hatinya dalam sebuah majlis di Kepala Batas, Pulau Pinang.

@jannahazmi2304 Selamat Pengantin Baru Bestie ❤️✨ #memberdahkahwin #offmarket💞 #abanghitammanis #weddingday #angahakif #syeera ♬ Gaun Merah – Vita Alvia

Dengar lagu ni auto ingat lelaki tu…Lepas ni hari-hari bini abang tu dengar dia nyanyi, tak payah tunggu traffic light

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui mula teringat akan videonya yang lama tatkala melihat rakaman di atas pelamin tersebut. Meskipun ramai berseloroh kononnya kecewa atas perkahwinan tersebut, namun tak lupa untuk ucapkan tahniah kepada pasangan pengantin berkenaan.

Siapa ingat lelaki hitam manis viral di traffic light? Ramai wanita kecewa dapat tahu dah kahwin semalam

Siapa ingat lelaki hitam manis viral di traffic light? Ramai wanita kecewa dapat tahu dah kahwin semalam

Siapa ingat lelaki hitam manis viral di traffic light? Ramai wanita kecewa dapat tahu dah kahwin semalam

Baca Lagi:

Cleaner Airport terkejut besar jumpa dompet tercicir berisi cek bernilai lebih RM10juta

Ustaz tahfiz kena pukul munculkan diri buat penjelasan, ini keadaan beliau buat ramai sedih

Kehadiran kapal layar bernilai RM200 juta di Perlis menjadi tanda tanya

CATEGORIES