Kilang jadi huru-hara, 100 pekerja kena rasuk minta ‘mau kepala’

Kilang jadi huru-hara, 100 pekerja kena rasuk minta ‘mau kepala’

Kilang jadi huru-hara, 100 pekerja kena rasuk minta ‘mau kepala’. Sebuah kilang di Majalengka, wilayah Jawa Barat menjadi kacau-bilau selepas lebih 100 pekerja dilaporkan mengalami histeria, lapor laman berita Detik hari ini.

Berdasarkan klip video mengenainya yang tular di media sosia, seorang wanita dilihat duduk di kerusi roda sambil mengurai rambutnya.

Kilang jadi huru-hara, 100 pekerja kena rasuk minta 'mau kepala'

“Haaayang huluuuu…haaayang huluuuu (Mau kepala, mau kepala),” kata wanita itu sambil menangis meminta sesuatu.
“Kira-kira 100 pekerja kerasukan,” kata Ketua Polis Daerah Majalengka, Indra Novianto.

Menurut Indra, kejadian histeria bermula sekitar pukul 11 pagi (waktu tempatan) dan berlarutan sehingga pukul 3.30 petang (waktu tempatan) semalam.

Mangsa yang mengalami histeria kemudian dibantu oleh rakan-rakan sekerja. Insiden histeria besar-besaran itu bermula apabila seorang pekerja wanita tidak sedarkan diri.

“Kejadian bermula apabila seorang pekerja dirasuk. Tidak lama kemudian seorang lagi telah dirasuk. Mereka dirasuk sebelum sempat memulakan kerja pada sebelah pagi,” kata Indra.

Baca Lagi:
“Tak pernah dibuat orang, lelaki ini sanggup tinggal dalam hutan bersama kapal terbang, siap buat rumah lagi”
4 tahun susah payah tanggung kekasih sambung degree sampai habis, pemandu lori sedih bila ajak nikah lain pula yang jadi
Peniaga terkejut terima duit RM10 ‘rare’ dari pelanggan, tak sangka ada 2 kepala Agong
CATEGORIES