Keunikan orang Terengganu yang ramai tak tahu, goreng keropok guna pasir pantai

Photo of author

By Joe

Keunikan orang Terengganu yang ramai tak tahu, goreng keropok guna pasir pantai. Kebiasannya, kalau anda mahu menggoreng keropok, anda mesti menggunakan minyak. Tetapi, anda tahu tak bahawa tidak mustahil untuk menggoreng keropok dengan pasir pantai yang bersih?

Mesti anda tak percaya dan anggap perkara itu tidak logik. Namun, ia benar. Seorang pengguna Facebook, iaitu Puan Emma Saz telah berkongsi di Reels tentang satu keunikan negeri Terengganu yang mungkin tidak diketahui oleh orang ramai.

Melalui video yang dimuat naik, terdapat seorang peniaga yang menarik perhatian Puan Emma. Ini kerana, peniaga itu sedang menggoreng keropok lekor menggunakan pasir. Adam, anak kepada Puan Emma yang bersama dengannya bertanya, “Macam mana nak makan?” apabila dia melihat peniaga itu menggoreng keropok.

Keunikan orang Terengganu yang ramai tak tahu, goreng keropok guna pasir pantai

Peniaga itu menjawab dengan tenang, “Boleh makan. Kita pakai pasir pantai, tak pakai pasir sungai,”

Sambil menggoreng keropok, peniaga itu turut memberitahu beberapa informasi mengenai menggoreng keropok menggunakan pasir itu.

“Goreng pakai pasir ini, tak selaju goreng dengan minyak. Kalau dengan minyak, apabila dah kembang kita dah boleh angkat. Ini tak, kita kena gali dan kambus balik keropok,” jelasnya.

Dalam video yang dikongsikan, kelihatan peniaga itu menggali dan menimbus keropok tersebut dengan pasir pantai. Aksinya itu dilakukan sehinggalah keropok tersebut kembang, menandakan ia sudah digoreng.

Dia juga memberitahu keropok itu tidaklah kembang seperti digoreng dengan minyak. Tetapi menurutnya, rasa keropok itu lebih sedap berbanding keropok yang digoreng dengan minyak.

“Sebab ia tidak berminyak dan rasa ikannya boleh dirasa,” kata peniaga itu.

Dia turut menjelaskan, pasir akan melekat pada keropok sekiranya api terlalu besar. Apabila keropok itu diangkat, peniaga kedai itu membersihkan butiran pasir yang mungkin ada di atas keropok.

Keropok yang digoreng diberi kepada Adam untuk mencubanya. Adam kelihatan ragu-ragu untuk mencuba, namun dia tetap mengambil keropok itu untuk dimakan.

Dia menjamahnya dengan penuh hati-hati. Apabila Puan Emma bertanyakan tentang rasa keropok itu, Adam hanya menjawab, “Tebal,” sambil menguyah keropok itu.

Video miliknya itu berhenti di situ sahaja. Menarik, kan? Untuk pengetahuan anda semua, video itu diambil di Muzium Terengganu, ketika demo yang dilakukan di Kampung Budaya.

VIDEO

Baca Lagi:
“Hampir satu tahun kahwin baru aku tahu perangai sebenar isteri lepas pinjam laptop dia, patutlah selalu tolak bila aku ajak bersama”
Senarai 5 pesawat peribadi paling mahal di dunia, tak sangka no 1 paling mewah sekali atas muka bumi
“Pengalaman mematangkan diri”- Lelaki ini bagi nasihat ‘padu’ untuk anak-anak yang berebut harta pusaka