Ikan paling mahal di Malaysia yang ramai tak tahu, sekilo harga cecah RM1,800

Photo of author

By Joe

Ikan paling mahal di Malaysia yang ramai tak tahu, sekilo harga cecah RM1,800. Dua, tiga hari ini, media sosial Malaysia dihujani dengan isu ikan siakap yang tular dengan beberapa kejadian. Sehingga ada beberapa individu menggelarkan ikan siakap sebagai makanan orang kayangan.

Harga ikan ini dianggarkan RM1800 sekilo, sekaligus menjadikan ia sebagai ikan air tawar termahal di Malaysia.Bagi pasaran di Sarawak pula, harganya adalah diantara RM800 – RM1000 sekilo.

Harga ini hanya bagi ikan empurau liar sahaja. Manakala bagi ikan empurau yang diternak, harganya adalah jauh lebih rendah dan bergantung pada saiz ikan berkenaan.

Ikan paling mahal di Malaysia yang ramai tak tahu, sekilo harga cecah RM1,800

Selain permintaan yang tinggi terhadap ikan empurau, harganya yang melambung tinggi juga disebabkan ikan ini amat sukar didapati atau ditangkap.

Ini kerana habitat ikan empurau liar memerlukan persekitaran air yang sejuk, air sungai yang bersih, dan berarus cepat. Hanya di kawasan hulu sungai di Sarawak ada kondisi sebegini.

Empurau liar juga memakan buah-buahan sungai seperti “engkabang” yang menjadikan daging dan lemaknya mempunyai aroma harum yang tersendiri apabila dimasak.

Baca Lagi:
Rumah dilelong serendah RM3,355 di Pulau Indah, rupanya ada sebab kenapa murah
Senarai 5 pesawat peribadi paling mahal di dunia, tak sangka no 1 paling mewah sekali atas muka bumi
“Jiran suka pungut kucing gelandangan bawa balik ke rumah”