Ketegangan politik di Sabah, Zahid terbang ke Sabah serta-merta

Ketegangan politik di Sabah, Zahid terbang ke Sabah serta-merta

Ketegangan politik di Sabah, Zahid terbang ke Sabah serta-merta. Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata dia akan berada di Sabah malam ini untuk menyelesaikan ketegangan politik yang dilaporkan berlaku di negeri itu.

Harian Metro memetik Zahid sebagai berkata, kenyataan rasmi mengenai situasi membabitkan Umno, Warisan, Pakatan Harapan (PH) dan GRS, menjelang pilihan raya negeri Sabah ke-17, akan dikeluarkan di Kota Kinabalu esok.

“Saya akan terbang serta-merta selepas selesai majlis ini, ke Sabah. Saya akan keluarkan kenyataan di Kota Kinabalu, esok,” kata Zahid kepada pemberita di Kuala Lumpur, seperti dipetik laporan itu.

Ketegangan politik di Sabah, Zahid terbang ke Sabah serta-merta

Umno Sabah yang diketuai Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Warisan di bawah presidennya Shafie Apdal.

Kerjasama itu akan menyaksikan Umno Sabah dan Warisan menentang GRS yang diketuai Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor, selain parti komponen PH.

Sebelum ini, Shafie berkata kerjasama antara Warisan dan Umno boleh dilakukan demi kepentingan semua rakyat Sabah.

Begitu juga, Bung Moktar, bekas timbalan ketua menteri Sabah, juga dilaporkan mengakui Umno tidak mempunyai sebarang halangan ntuk bekerjasama dengan Warisan.

Kesemua parti itu adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan persekutuan selepas PRU15.

GRS dan Warisan tidak mempunyai ahli parlimen yang cukup untuk menggugat pegangan kuasa Kerajaan Persekutuan

Sabah dijadualkan untuk mengadakan pilihan raya negeri tahun depan, walaupun terdapat jangkaan bahawa Hajiji mungkin akan mengadakan pilihan raya tahun ini.

Baca Lagi:
45 tahun berkhidmat di gereja, kisah luar biasa paderi terkenal di Australia masuk Islam raih perhatian dunia
“Aku hampir terperangkap dalam dunia poligami, isteri tahu aku curang tapi dia buat bodo je, dalam diam-diam dia naik pangkat”
Lebuhraya terpanjang 255km di dunia, lurus tanpa selekoh langsung
CATEGORIES