Kesal video diviralkan, pencuri bawa lawyer tuntut pekerja mohon maaf

Kesal video diviralkan, pencuri bawa lawyer tuntut pekerja mohon maaf

Kesal video diviralkan, pencuri bawa lawyer tuntut pekerja mohon maaf.

Tular di media sosial video pekerja kedai serbaneka berjaya mencekup seorang wanita yang didapati mencuri coklat Cadbury dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu, 13 Ogos 2022 di Tangerang Selatan, Indonesia.

Dalam video itu, pekerja Alfamart, Amelia, bertindak menahan Mariana dari terus keluar menuju ke kenderaannya jenis Mercedes Benz. Beberapa pekerja yang lain turut datang membantu dan merampas coklat Cadbury itu serta meminta Mariana membuat pembayaran terlebih dahulu.

“Kenapa puan tak jujur? Kenapa tak nak bayar dulu?” kata pekerja kedai serbaneka berkenaan.

Pada awalnya, Mariana bengang dituduh mencuri dan enggan membayar serta hanya mengembalikan coklat Cadbury tersebut. Tetapi selepas didesak oleh pekerja Alfamart, Mariana akur dan membuat pembayaran (denda) walaupun barang itu tidak dipulangkan kepadanya.

Bagaimanapun, video kejadian yang dirakam telah dimuat naik ke media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

KESAL VIDEO DIVIRALKAN, PENCURI TUNTUT PEKERJA MOHON MAAF

Kesal dengan apa yang berlaku, Mariana nekad membawa peguamnya, H. Amir datang semula ke premis itu untuk menuntut permohonan maaf secara terbuka dari Amelia yang telah menyebarkan videonya, atau berdepan dengan tindakan Undang-Undang dan Transaksi Elektronik (UU ITE – lebih kurang seperti Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia).

“Saya pekerja Alfamart ingin mengesahkan bahawa, video yang tersebar di media sosial itu hanyalah salah faham di antara kami, yang mana tindakan menularkannya telah menjejaskan imej Puan Mariana.

“Saya memohon maaf kepada Puan Mariana kerana telah menyebarkan video kejadian. Alhamdulillah, masalah yang timbul telah diselesaikan secara kekeluargaan,” katanya.

Baca Lagi:

Penyamun ‘kantoi’ akibat tayang duit di TikTok, jaja cerita konon hasil kerja keras

[VIDEO] Lagi kes dera, budak taska dibelasah dan dipaksa makan cili sehingga meraung

Gempar! Fenomena aneh, ikan bilis bermata biru naik ke darat di Pangkor

Leave a Reply

Your email address will not be published.