[VIDEO] Lagi kes dera, budak taska dibelasah dan dipaksa makan cili sehingga meraung

[VIDEO] Lagi kes dera, budak taska dibelasah dan dipaksa makan cili sehingga meraung

[VIDEO] Lagi kes dera, budak taska dibelasah dan dipaksa makan cili sehingga meraung.

Saban hari, ada saja kes penderaan yang berlaku terhadap kanak-kanak dan perkara ini semakin membimbangkan di negara kita ini.

Ini kerana, perkara ini boleh mendatangkan masalah kesihatan mental dan juga fizikal buat anak-anak yang lemah dan masih kecil itu.

Pengasuh paksa makan cili

Tular satu video di Facebook memaparkan seorang pengasuh yang dilihat sedang mendera seorang anak jagaannya di sebuah pusat asuhan kanak-kanak.

Menerusi video tersebut dapat dilihat pengasuh berkenaan bertindak kasar dengan memukul kanak-kanak itu ketika waktu makan.

Lebih menggeramkan lagi ialah, kanak-kanak tersebut dipercayai dipaksa untuk menelan cili.

Polis masih belum terima sebarang laporan

Dalam pada itu, menurut satu lagi sumber dikeluarkan Majoriti, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lain memaklumkan bahawa pihaknya masih lagi belum menerima sebarang laporan mengenai insiden itu.

Baca Lagi:

Nenek 66 tahun maut selepas nyaris diperkosa jiran

Gempar! Fenomena aneh, ikan bilis bermata biru naik ke darat di Pangkor

Pelajar tahun enam maut disambar petir ketika berbual guna telefon bimbit

CATEGORIES