Kes buli : Kanak-kanak maut dibelasah rakan asrama anak yatim gara-gara RM4

Kes buli Kanak kanak maut dibelasah rakan asrama anak yatim gara gara rm4

Kes buli : Kanak-kanak maut dibelasah rakan asrama anak yatim gara-gara RM4.

Seorang kanak-kanak penghuni asrama anak yatim dan miskin, di sini, mati selepas dipercayai akibat dibelasah seorang rakan satu asrama, semalam.

Mangsa berusia 11 tahun dipercayai disepak, dicekik dan dihempas ke atas lantai oleh suspek berusia 16 tahun sehingga tidak sedarkan diri ketika berada di bangunan surau asrama itu antara jam 3.45 hingga 4.15 petang.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini untuk, menerima rawatan.

Kes buli : Kanak-kanak maut dibelasah rakan asrama anak yatim gara-gara RM4

Beliau berkata, kejadian disedari penyelia asrama (pengadu) berusia 35 tahun selepas mangsa yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dibawa tiga penghuni lain termasuk suspek untuk menemuinya pada 4.15 petang.

“Ketika itu mangsa masih bernyawa dan awalnya disyaki diserang sawan lalu pengadu bersama seorang lagi penyelia asrama segera membawanya ke HTAA untuk mendapatkan rawatan.

“Sejurus tiba di hospital, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata, pengadu kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku ketika mangsa bersama tujuh rakan termasuk suspek yang dilantik sebagai ketua ditugaskan untuk melakukan gotong-royong membersihkan surau.

“Ketika berada di surau itu, suspek dipercayai mencekik dan menghempas mangsa ke lantai hingga mangsa tidak sedarkan diri.

“Kejadian dipercayai berpunca rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa yang didakwa mengambil wangnya berjumlah RM4,” katanya.

Beliau berkata, suspek dikatakan tidak puas hati dengan sikap mangsa yang tidak mengambil serius tegurannya dan perbuatan suspek terbongkar selepas kejadian itu disaksikan tujuh penghuni asrama lain.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HTAA untuk bedah siasat dan suspek ditahan reman selama tujuh hari hingga 27 Mac untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca Juga : Pesawat Boeing 737-800 bawa 132 penumpang terhempas

“Kasut saya hilang dibawa arus banjir, saya hanya pakai selipar..maafkan saya cikgu”

Tiada wang mampu rawat kehilangan Muhammad Adib, kami bukan mata duitan – Bapa arwah Adib

Leave a Reply

Your email address will not be published.