Pesawat Boeing 737-800 bawa 132 penumpang terhempas

Pesawat Boeing 737-800 bawa 132 penumpang terhempas

Pesawat Boeing 737-800 bawa 132 penumpang terhempas.

Sebuah pesawat penumpang milik syarikat penerbangan China Eastern Airlines yang membawa seramai 132 orang dilaporkan terhempas di barat daya China dengan jumlah kematian tidak diketahui.

Pesawat Boeing 737-800 itu terhempas di kawasan luar bandar berhampiran bandar Wuzhou di wilayah Guangxi.

Sehubungan itu, pasukan kecemasan sudah dikerah ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Pesawat Boeing 737-800 bawa 132 penumpang terhempas

Stesen penyiaran CCTV menyatakan, pesawat tersebut terhempas di kawasan pergunungan di daerah Teng di Wuzhou.

Media tempatan melaporkan, pesawat MU5735 itu tidak tiba di destinasi yang dijadualkan di Guangzhou sejurus berlepas dari bandar Kunming selepas pukul 1 petang waktu tempatan.

Setakat ini, China Eastern belum mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian tersebut.

Baca Juga : Marah dengan pegawai bank selepas ditegur langgar SOP, jutawan keluarkan semua duit simpanannya

Ini 5 kisah misteri yang menghantui lebuhraya Karak sehingga ke hari ini

Ini antara punca kenapa dilarang buka kipas waktu pasang aircond

CATEGORIES