Kenapa habiskan masa fikir saya, uncle tak raya ke, tanya Najib kepada Kit Siang

najib razak2

Kenapa habiskan masa fikir saya, uncle tak raya ke, tanya Najib kepada Kit Siang.  ”Kit Siang, kenapa hari pertama Dong Dong Qiang Tahun Baru Cina kamu habiskan masa untuk fikir, bimbang dan tulis berkenaan saya?

”Uncle tak raya? Cucu-cicit tak lawat ke?,” tanya Datuk Seri Najib Razak.

Pertanyaan itu dibuat selepas pemimpin veteran itu bertanya siapakah yang akan menjadi calon Perdana Menteri UMNO selepas PRU15.

Menerusi tulisan di blognya, Kit Siang melihat kebangkitan semula Najib seolah-oleh sudah bersedia untuk kembali menerajui jawatan itu melalui PRN Johor ini.

Kebimbangan Kit Siang itu selepas Najib diberi peluang untuk menyampaikan ucaptama pada persidangan antarabangsa, selain muncul di muka depan media arus perdana.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, menyamakan Najib dan bekas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang sedang cuba kembali ke White House degan membuat pengumuman organisasi politiknya telah meraih AS$122 juta, satu jumlah begitu besar bagi seorang bekas presiden.

Dalam komen yang dibuat oleh bekas perdana menteri itu, Najib melahirkan rasa risau kepada Kit Siang.

Secara berseloroh, Najib meminta Kit Siang mesej alamatnya supaya dapat beliau memesan kepada Grab untuk menghantar satu set Prosperity burger saiz medium untuk ‘uncle’.

Kenyataan itu mendapat pelbagai reaksi oleh beberapa pengikut Najib.

Pemikik akaun Zam Jb berkata: “Kikikikiki…dlm kepala nya dah x ingat raya dan cucu lagi DSNR…nama Najib…Najib…Najib tu shjaa yg terlintas di kepalanya…🤭😄😄😄”.

”Without Bossku Najib, Uncle Lim life will be so dull,” kata Alex Chong pula.

Shahar Bin Rahmad pula menambah: “Lim banyak syg sama DSNR ..dia punya syg sama bossku hanya disimpan didalam hati.😂,” ujarnya.

Ikhsan Rahman berkata: Siang malam pagi petang ingatkan najib …🤣🤣🤣 Betul lah orang cakap bila selalu gaduh lama lama sayang .. – MalaysiaGazette

Baca lagi:  Pelitup muka terpakai dikitar semula menjadi pengecas telefon tanpa wayar

[VIDEO] Nelayan panik dikejar makhluk laut mata menyala

Penyanyi Tuah Adzmi terdesak jual Mini Cooper RM18,000 sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published.