[VIDEO] Nelayan panik dikejar makhluk laut mata menyala

[VIDEO] Nelayan panik dikejar makhluk laut mata menyala

Nelayan panik dikejar makhluk laut mata menyala.

Seorang nelayan di Brazil berdepan detik cemas apabila dikejar oleh seekor makhluk misteri dengan mata menyala ketika keluar menangkap ikan di laut, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Situasi mendebarkan itu dirakam oleh nelayan yang dirahsiakan identitinya ketika memecut botnya dengan laju di perairan Rio Grande do Soul, negeri selatan Brazil.

[VIDEO] Nelayan panik dikejar makhluk laut mata menyala

“Ia mahu menyerang saya,” demikian keterangan video berdurasi 47 saat yang dikongsinya di media sosial.

Berdasarkan paparan video, makhluk misteri itu kelihatan panjang, berwarna hitam dan mempunyai mata menyala ketika sedang mengejar nelayan malang tersebut.

Ia dilihat berenang dan menyelam beberapa kali ketika sedang mengejar mangsanya.

Meskipun bergerak pada kelajuan penuh, makhluk misteri itu mampu dan hampir menyaingi bot itu.

Beberapa pengguna media sosial memberikan reaksi seram terhadap klip tersebut.

“Adakah anda terkencing dalam seluar?” tanya seorang pengguna media sosial.

“Ini sangat menakutkan,” komen seorang lagi.

Baca lagi: Guru arah pelajar buka tudung sebelum masuk kelas

Squid Game musim kedua kembali

[VIDEO] Gelandangan dikasari, ditendang sampai terduduk

CATEGORIES
TAGS