Pelitup muka terpakai dikitar semula menjadi pengecas telefon tanpa wayar

Pelitup muka terpakai dikitar semula menjadi pengecas telefon tanpa wayar

Pelitup muka terpakai dikitar semula menjadi pengecas telefon tanpa wayar. Pandemik COVID-19 bukan sahaja mengancam jutaan nyawa, malah ia mengakibatkan pencemaran sisa berpunca daripada pelitup muka terpakai yang sering dibuang merata.

Baru-baru ini, sebuah firma di Taiwan cuba mengatasi masalah tersebut dengan mengitar semula pelitup muka kepada pengecas telefon tanpa wayar.

Syarikat Miniwiz menghasilkan satu mesin yang dikenali Trashpresso, yang akan memampatkan sisa pelitup muka tersebut sehingga terbentuknya plastik yang boleh digunapakai untuk bahagian pembuatan pengecas telefon.

Pelitup muka terpakai dikitar semula menjadi pengecas telefon tanpa wayar

Pelitup muka terpakai dikitar semula menjadi pengecas telefon tanpa wayar

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arthur Huang, pelitup muka yang diperbuat daripada sintetik fiber plastik itu ada nilainya dan boleh dimanfaatkan semula.

“Pandemik COVID-19 telah menghasilkan banyak pembaziran. Banyak sisa sekali guna, terutamanya semua sisa plastik yang digunakan untuk melindungi diri kita. Dan sisa plastik ini, terutamanya pelitup muka, ia sebenarnya hampir 100% diperbuat daripada plastik. Ia berasaskan polipropilena (pp).

“Kita terfikir, jika kita boleh mengubah pencemaran ini daripada membuangnya, atau dibuang ke tapak pelupusan sampah, bagaimana kita boleh mengubahnya menjadi produk yang berharga semasa wabak ini? Jadi, kami berfikir untuk menggunakan ini dan mengubahnya menjadi pengecas digital tanpa wayar,” katanya.

Menurut kajian Massachusetts Institute of Technology, pandemik COVID-19 telah menghasilkan kira-kira 7,200 tan sisa perubatan setiap hari, dan kebanyakannya adalah pelitup muka.

Baca lagiTiada istilah payung emas, sekadar umpan si suami untuk berpoligami

Pencarum menangis rayu keluar i-Citra RM10,000

 

CATEGORIES
TAGS