Keluarga terkejut besar temui buaya ‘berendam’ di kolam mandi rumah

Keluarga terkejut besar temui buaya ‘berendam’ di kolam mandi rumah

Keluarga terkejut besar temui buaya ‘berendam’ di kolam mandi rumah.

Sebuah keluarga di negeri Florida, Amerika Syarikat, terkejut apabila menemui seekor aligator sedang berenang di dalam kolam renang kediaman mereka, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Keluarga tersebut dikejutkan dengan satu bunyi kuat pada awal Isnin lalu, demikian menurut catatan Facebook oleh Pejabat Sherif Daerah Charlotte.

Apabila menyiasat perkara tersebut, mereka menemui ‘tetamu’ yang tidak diundang, iaitu seekor aligator bersaiz besar dengan berat sekitar 249.5 kilogram (kg) serta berukuran hampir 3.35 meter.

ezgif 5 c9b476cdf6

“Ia mengoyakkan penutup kolam untuk mendapatkan air yang sejuk dan nyaman,” kata pejabat sherif.

Seorang pegawai polis, Brad Stender memberitahu CNN bahawa penemuan seperti itu bukanlah sesuatu yang luar biasa terutamanya semasa musim mengawan buaya iaitu pada musim bunga dan panas.

Polis yang tiba di tempat kejadian bertindak memanggil seorang penangkap haiwan, dan dengan batuan tiga anggota polis lain, aligator tersebut berjaya ditarik keluar dari kolam.

Baca lagi: 

[VIDEO] Isteri serang suami sedang asyik menari dengan penyanyi wanita

Tular video pintu Kaabah terbuka sendiri, jemaah rakam ada Malaikat sedang solat

Netizen rasa jijik doktor pegang tangan pesakit HIV tanpa pakai glove

CATEGORIES