Kekal tenang, kita masih di hadapan – Hadi Awang

Kekal tenang, kita masih di hadapan - Hadi Awang

Kekal tenang, kita masih di hadapan – Hadi Awang. Teka-teki keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) pada kali ini masih lagi belum terjawab berikutan tiada parti yang mendapat gabungan majoriti dalam membentuk Kerajaan Persekutuan.

Dalam mencari jawapan di sebalik kemelut yang sedang berlaku ini, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya sedang mengusahakan cara dalam membentuk kerajaan.

“Kekal tenang. Kita sedang usahakan. Kita masih di hadapan.
“Mereka merancang. Allah merancang. Kita di pihak yang benar. Insya-Allah kita terpelihara, negara terpelihara,” katanya dalam satu hantaran ringkas di Facebook miliknya sebentar tadi.

Kekal tenang, kita masih di hadapan - Hadi Awang

Difahamkan, kenyataan itu merujuk kepada keputusan yang bakal diberikan pada hari ini oleh Yang di-Pertuan Agong.

Semalam, media melaporkan mengenai perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara yang akan diadakan pada hari ini, 24 November bagi membuat keputusan pelantikan calon Perdana Menteri ke-10.

Perkara itu dititahkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memperkenan Istana Negara menganjurkan perbincangan itu.

Baca Lagi:
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pertama tiba di Istana Negara
Dokumen sulit dedah AS cuba jalankan ‘rampasan kuasa’ di Malaysia
Superman Hew DAP ditahan polis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *