Superman Hew DAP ditahan polis

Superman Hew DAP ditahan polis

Superman Hew DAP ditahan polis. Bekas orang kuat DAP, Hew Kuan Yau ditahan polis susulan video tular ucapannya dalam sebuah ceramah Pakatan Harapan (PH) di Raub, Pahang Khamis lalu bahawa masyarakat Cina perlu mengambil kesempatan daripada perpecahan orang Melayu.

Selepas video minggu lalu itu tular, Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook dilaporkan berkata, kenyataan Hew itu bukan pendirian PH.

Ketua Polis Pahang, Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan Hew, yang lebih dikenali sebagai “Superman Hew” ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang yang dibantu JSJ Bukit Aman di Puchong Jaya, Selangor hari ini.

Beliau berkata, Hew, 52, didapati memberi ucapan dalam bahasa Kantonis yang mempunyai unsur boleh menggugat ketenteraman awam.

Superman Hew DAP ditahan polis

Katanya, Hew disiasat di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, iaitu mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan mendatangkan khianat awam.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian telekomunikasi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Hew turut disiasat di bawah seksyen sama atas ucapannya dalam sebuah ceramah di Taman Pandan Mawar, Melaka pada Jumaat lalu.

Hew meninggalkan DAP pada 2016 susulan kritikan terhadap kenyataannya berhubung tuntutan Laut China Selatan.

Buku komik “Belt and Road Initiative for Win-Winism” yang dihasilkannya, diharamkan pihak berkuasa kerana didakwa mempromosikan propaganda komunis.

Pada 2017, beliau ditahan atas catatan Facebook yang didakwa mengandungi kenyataan tidak sensitif terhadap Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.

Baca Lagi:
Dokumen sulit dedah AS cuba jalankan ‘rampasan kuasa’ di Malaysia
Mesyuarat MKT Umno putuskan tolak kerajaan Perpaduan bersama PN
Ke arah “Kerajaan Perpaduan Malaysia” PH, BN rangka perjanjian 10 perkara
CATEGORIES