Tiga kelab Malaysia tersenarai dalam kelompok 10 terbaik Asia Tenggara, no.3 buat ramai tak sangka

Tiga kelab Malaysia tersenarai dalam kelompok 10 terbaik Asia Tenggara, no.3 buat ramai tak sangka

Tiga kelab Malaysia tersenarai dalam kelompok 10 terbaik Asia Tenggara, no.3 buat ramai tak sangka. Tiga kelab dari Liga Malaysia kini disenaraikan dalam 10 kelab terbaik di Asia Tenggara menurut kedudukan terkini yang dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.

Berdasarkan kemas kini terbaharu pada 14 Mei, tiga kelab dari Malaysia yang berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik Asia Tenggara ialah Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC (SFC), dan Terengganu FC (TFC).

Menurut analisis dari laman Eropah itu, JDT terus kekal sebagai kelab nombor satu di Asia Tenggara dengan mengumpul 75.3 mata, mengatasi kelab gergasi Thailand, Buriram United, yang hanya mendapat 71.7 mata, dan Bangkok United dengan 70.5 mata.

Tiga kelab Malaysia tersenarai dalam kelompok 10 terbaik Asia Tenggara, no.3 buat ramai tak sangka

Sementara itu, Selangor berada di tangga ketujuh terbaik di Asia Tenggara dengan jumlah mata sebanyak 65.4, berada di belakang Muangthong United yang mendapat 66.1 mata, dan BG Pathum United dengan 65.7 mata.

Yang lebih menarik, Terengganu juga berjaya menembusi kelompok 10 pasukan terbaik di Asia Tenggara apabila mengatasi kedudukan kelab terkaya Singapura, Lion City Sailors, hasil pencapaian mereka dalam saingan Piala AFC musim lepas.

Tiga kelab Malaysia tersenarai dalam kelompok 10 terbaik Asia Tenggara, no.3 buat ramai tak sangka

Kedudukan ranking ini adalah sebahagian daripada 13,448 kelab yang dikumpulkan oleh Opta Analyst dari seluruh dunia.

Dari segi ranking dunia, kedudukan JDT semakin jauh meninggalkan pasukan lain di Asia Tenggara dan kini telah melangkaui kelab terkemuka Eropah seperti Stoke City, Watford, dan Blackburn Rovers.

Tiga kelab Malaysia tersenarai dalam kelompok 10 terbaik Asia Tenggara, no.3 buat ramai tak sangka

Satu lagi kelab dari Liga Malaysia, iaitu Sabah, juga disenaraikan dalam senarai 20 pasukan terbaik Asia Tenggara di kedudukan ke-16 dengan 62.1 mata, mengungguli kelab Divisyen 1 Thailand seperti Chiangrai United dan Ratchaburi.

Jumlah mata ini dikumpulkan berdasarkan prestasi mereka dalam pertandingan domestik dan pertandingan kelab peringkat benua yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persatuan Bola Sepak Asean (AFF).

Baca Lagi:
Ramai yang pandang rendah kerja mesin rumput, rupanya boleh dapat RM6,000 sebulan
Gerakan ‘#Blockout2024’ dah mula merebak ke Malaysia, netizen senarai nama artis-artis yang akan diboikot
“Terbongkar semua kisah didera isteri, dipaksa makan bangkai ikan busuk”- Lelaki terkejut jumpa duit & surat wasiat dari arwah sahabat
CATEGORIES