Terkejut beli kuih buah Melaka dapat harga Rahmah, 15 biji RM2 je..

Terkejut beli kuih buah Melaka dapat harga Rahmah, 15 biji RM2 je..

Terkejut beli kuih buah Melaka dapat harga Rahmah, 15 biji RM2 je… Rungutan pengguna tentang harga makanan dan minuman yang dijual di bazar Ramadan nampaknya bagaikan tiada berkesudahan.

Harga jualan yang melampau menyebabkan segelintir mereka mengandaikan peniaga seakan mahu cepat kaya atau kiasan popular dalam kalangan masyarakat sebagai ‘pergi haji balik hari’.

Itu belum lagi rungutan pelanggan di bazar mengenai trend menjual kuih sama dengan jumlah yang banyak dalam satu bekas.

Terkejut beli kuih buah Melaka dapat harga Rahmah, 15 biji RM2 je..

Cara bungkusan itu dilihat seolah-olah ‘memaksa’ pengguna untuk membeli kuih sebekas sedangkan mereka hanya mahu menikmatinya dalam jumlah yang sedikit.

Namun menerusi satu perkongsian foto yang tular di media sosial, sebekas kuih buah Melaka atau juga dikenali sebagai onde-onde yang dijual dalam satu bekas menarik perhatian ramai.

Manakan tidak, bukan sebiji atau dua biji yang dijual, tetapi di dalam bekas plastik tersebut mengandungi 15 biji kuih buah Melaka.

Apa yang lebih mengejutkan apabila harga bagi sebekas cuma RM2, jauh lebih murah berbanding kebanyakan kuih yang dijual di bazar Ramadan.

“15 biji RM2. Masih ada yang murah dan nampak so yummy (enak) dan kemas sangat,” tulis seorang pengguna Facebook Joyce Manirath.

Menurut wanita itu lagi, harga yang dibelinya bukan sahaja murah malah rasanya juga memuaskan hati.

“Sedap sangat-sangat. Lembut dan isi gula pun banyak. Sayangnya beli satu pek je tadi,” katanya sambil menambah kuih tersebut di beli di sebuah gerai di Taman Insan di Jitra, Kedah.

Rata-rata netizen memuji dengan tindakan peniaga berkenaan yang masih menjual kuih pada harga berpatutan, jika dibandingkan dengan bazar Ramadan di kawasan mereka.

Terkejut beli kuih buah Melaka dapat harga Rahmah, 15 biji RM2 je..

“Murah sangat, sini lima biji RM2.50. Susah nak jumpa harga tu.

“Nak suruh kami datang buka puasa kat sana ke macam mana ni?” demikian antara komen netizen.

Pada masa sama, perkongsian tersebut turut tular di pelbagai platform media sosial.

“Kita doakan peniaga ni diberkati hidup dan dapat mengerjakan haji dan umrah,” tulis netizen menerusi hantaran yang tular bagi mendoakan peniaga tersebut.

Baca Lagi:
Ibu kurung diri sendiri dalam bilik, takut hilang sabar pukul anak
Kalau kerajaan tiada duit, kenapa tak ‘print’ lebih banyak lagi?, ini sebabnya yang ramai tak tahu
Wanita ‘bulan sabit merah’ buat aksi jelik dengan pasangan dalam kereta ditahan
CATEGORIES