Kasino Genting Highlands tutup dua operasi serta-merta

Kasino Genting Highlands tutup dua operasi serta-merta

Kasino Genting Highlands tutup dua operasi serta-merta. Genting Malaysia Bhd dilaporkan telah menutup dua daripada tiga kasino di Genting Highlands berkuat kuasa hari ini, lapor Free Malaysia Today.

Dalam satu kenyataan ringkas di laman web Resorts World Genting (RWG), Genting Casino 1 (Circus Palace) dan Genting Casino 2 (Hollywood) akan ditutup berkuat kuasa 28 Februari.

Ia memaklumkan pelanggan untuk meneruskan ke SkyCasino yang lebih baharu dan moden. Bagaimanapun tiada sebab diberikan di atas penutupan kedua-dua kasino tersebut.

Kasino Genting Highlands tutup dua operasi serta-merta

Untuk memudahkan peralihan yang lancar, resort itu telah menawarkan perkhidmatan ulang-alik ke SkyCasino, yang terletak di SkyAvenue, untuk memastikan tetamu boleh meneruskan aktiviti permainan mereka tanpa gangguan.

RWG merupakan destinasi resort bersepadu utama Malaysia dengan memiliki kira-kira 10,500 bilik di tujuh hotel. Genting Malaysia juga memiliki dan mengendalikan Resorts World Kijal di Terengganu dan Resorts World Langkawi di Pulau Langkawi.

Baca Lagi:
Rugi RM30k setiap bulan, rupanya sebab ini kedai makan Ustazah Asma’ terpaksa ditutup?
Pelajar wanita ini terima duit RM4.8 juta tapi sempat belanja selama 73 hari sahaja
Kisah Ferrari merah JDC 4xx4, suka atau tidak itulah hakikat yang kita semua perlu terima
CATEGORIES