Kisah Ferrari merah JDC 4xx4, suka atau tidak itulah hakikat yang kita semua perlu terima

Kisah Ferrari merah JDC 4xx4, suka atau tidak itulah hakikat yang kita semua perlu terima

Kisah Ferrari merah JDC 4xx4, suka atau tidak itulah hakikat yang kita semua perlu terima. Kereta Proton Saga Iswara Merah saya ni saya gelarkan dia sebagai Ferrari saya.

Dibeli secara 2nd hand pada tahun 1999 dan hari ini, kereta ni masih lagi disimpan & masih lagi berjasa untuk bertugas di Lombong pasir XXX.
Saya gunakan kereta ni dari zaman saya muda berpangkat Lt Muda hinggahlah saya telah berpangkat Mejar dan berkahwin.

Kisah Ferrari merah JDC 4xx4, suka atau tidak itulah hakikat yang kita semua perlu terima

.
Bila nak masuk ke Kem, Military Police (MP) di pintu masuk selalu tahan saya dan akan tanya siapa saya walaupun di kereta ada stiker rasmi dan saya beruniform.

MP : Assalamualaikum Tuan! Minta kebenaran Polis Tentera menjalankan tugas! Boleh saya tau Tentera ke Awam? Sambil memandang saya yang masih memakai uniform.

Hati ni kadang kala sakit apabila ditanya soalan begini semasa saya memakai uniform. Kalau saya sedang pakai pakaian awam taklah nak terasa sangat. 10 kali masuk Kem, 9 kali kena tahan kalau drive Ferarri ni.

Situasi ini akan berubah apabila saya memandu Mercedes Benz dengan nombor plate single digit **N 1 atau Honda Civic single digit saya yang bernombor *P 5

Apabila saya memandu Mercedes dan Honda ni, MP dari jauh akan terus menghentak kaki dan sedia. Mereka akan terus salute apabila saya menurunkan tingkap dan mereka akan menjeling sticker rasmi dan membenarkan saya masuk tanpa sebarang pertanyaan.
.
Situasi yang sama juga berlaku apabila saya nak masuk ke UITM XXX untuk urusan perniagaan. Apabila saya memandu Mercedes **N 1 dan Honda *P 5, guard di UITM akan menyediakan parking khas untuk saya.
.
Jika saya memandu Ferarri Merah saya ni, saya perlu letakkan IC dan parking di tempat lain yang lebih jauh.

Apabila saya ada business meeting atau appointment dengan memandu Ferarri Merah ni, orang yang saya jumpa pasti akan react dengan body language yang agak pelik. Mereka memang tak cakap apa-apa tapi boleh tengok ekspresi muka mereka yang agak ketat.

Sebaliknya situasi akan berubah apabila saya memandu Mercedes & Honda plate single digit.

Apabila berjumpa dengan rakan-rakan sekerja, atau rakan sekolah lama, perkara yang sama turut berlaku 😂.

Ada yang bertanya. Skot ko ni dah Mejar apa la pakai kereta buruk ni. Kedekut betul ko.

Saya bukan peminat kereta. Saya juga tak kisah pasal kereta. Asalkan selesa dan boleh bawa saya bergerak dari point A ke point B itu sudah lebih dari cukup.

Akan tetapi… hakikatnya manusia memang akan menilai status manusia lain dan mengukur kejayaan seseorang dengan kereta yang mereka pandu. Ini termasuk juga dengan barang lain seperti jam, beg tangan, kasut dan harta mewah yang lain.

Mungkin ada yang bengang kalau kena macam ni. Tapi benda yang paling best dalam hidup saya sebenarnya adalah apabila saya boleh pilih kat mana saya nak makan dan apa yang saya nak makan tanpa perlu risau pasal kos.

Lagi epik lagi kalau saya boleh bayarkan makanan orang yang pakai Mercedes & Ferarri dikala mereka masih lagi terkial-kial nak belanja saya makan atau semasa mereka buat-buat tak tau 😂😂

Untuk rakan-rakan yang masih lagi pakai kereta buruk tapi dah habis bayar, berbanggalah dan enjoylah dengan kereta anda. Jangan rasa rendah diri. Sometimes banyaknya keadaan benda ni bukanlah keperluan anda. Jangan terjerumus untuk memenuhi social perceptions.
.
Sebab apa anda kena enjoy? Anda kena enjoy sebab anda dah ada kereta sendiri berbanding mereka yang pakai Mercedes dan Ferarri tapi masih lagi milik bank.

Biar kereta menjadi hamba kepada kita bukannya kita menjadi hamba kepada kereta. Kita ni boleh hambakan diri kepada Allah S.W.T sahaja.

P/s : Post ni saya tak bermaksud nak cakap kepada semua mereka yang memandu kereta mewah atau kereta baru ye. Tak ada unsur iri hati pun sebenarnya sebab saya bukan peminat kereta.

Post ini hanyalah sekadar perkongsian dan pengalaman yang telah saya lalui sebelum ini.

Anda memandu kereta mewah kerana bersebab especially businessman. Saya sangat memahami situasi anda disitu.

Baca Lagi:
Semakin hari semakin panas cuaca di Malaysia, ini cara cepat sejukkan kereta anda
Beli banyak tapi cepat kecut? Ini cara simpan cili yang ramai tak tahu selama ini
Wanita ini pernah jadi bahan gelak geng guru sebab jahit poket baju sekolah guna benang hitam
CATEGORIES