“Kalau i panggil you lanun bolasepak, apa perasaan you?” Soal Sanusi kepada TMJ

“Kalau i panggil you lanun bolasepak, apa perasaan you?” Soal Sanusi kepada TMJ

“Kalau i panggil you lanun bolasepak, apa perasaan you?” Soal Sanusi kepada TMJ. “Apa perasaan ‘U’ (kamu) kalau ‘I’ (saya) kata ‘U’ ‘lanun’ bola sepak?

Itu soalan dilemparkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor terhadap pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim susulan tindakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) menggelarnya sebagai badut.

Menurut Muhammad Sanusi, pemilik JDT itu langsung tidak boleh menerima kata-kata orang lain terhadapnya ketika baginda bebas mengatakan apa jua perkara terhadap orang lain.

“Pemilik kelab JDT ini tak boleh orang kata kat dia, dia kata kat orang tak apa. Kalau orang kata dia ‘lanun’ bola sepak, apa dia rasa?

“Dia kata saya badut, pemecah belah. Kalau saya nak kata kat dia ‘lanun’ bola sepak, dia nak cakap apa?,” soalnya selepas merasmikan Penutup Program Jelajah Kedah Sejahtera di pekarangan Masjid Nurul Ihsan, Langgar di sini, hari ini.

"Kalau i panggil you lanun bolasepak, apa perasaan you?" Soal Sanusi kepada TMJ

Semalam, tersebar tangkap layar tulisan TMJ dalam media sosial meminta pemilik KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar menasihati Muhammad Sanusi agar membawa diri sebagai seorang Menteri Besar dan bukannya sebagai badut.

Muhammad Sanusi kemudiannya memuat naik tangkap layar tersebut di laman Facebooknya dengan kata-kata sinis, sambil menyifatkannya sebagai contoh tauladan terbaik daripada seorang pemilik kelab bola sepak untuk pemujanya dan sekalian yang berjiwa ‘mentimun’.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi turut menafikan dakwaan TMJ kononnya beliau memecah belahkan penyokong bola sepak.

“Saya sebenarnya menyatukan peminat bola sepak untuk orang ramai. Biar padangnya sama luas, pintu golnya sama saiz dan pemainnya juga sama ramai.

“Biasanya pemain tak sama ramai ini sebab pengadil masuk sebelah sana, jadi pemain dia lebih ramai. Saya nak pemain sama ramai dan pengadil duduk di tengah-tengah,” katanya.

Baca Lagi:
Paras sungai di 5 negeri dilaporkan melepasi tahap amaran
Baru cerai, artis wanita kantoi pergi bercuti dengan pelakon lelaki terkenal
Gajah lari naik bukit Gua Musang, orang tua dulu cakap “petanda nak banjir besar”
CATEGORIES