Gajah lari naik bukit Gua Musang, orang tua dulu cakap “petanda nak banjir besar”

Gajah lari naik bukit Gua Musang, orang tua dulu cakap “petanda nak banjir besar”

Gajah lari naik bukit Gua Musang, orang tua dulu cakap “petanda nak banjir besar”. Masyarakat Orang Asli di sini mempercayai kejadian gajah mendaki bukit di kawasan Simpang Kuala Betis-Lojing di sini beberapa hari lalu memberi petanda awal bencana alam akan berlaku.

Seorang penduduk Orang Asli, Pelinejon Assut, 38, mengikut kepercayaan masyarakat Orang Asli zaman dahulu, mereka menjadikan haiwan sebagai rujukan dalam menjalani kehidupan seharian.

“Selain habitat diganggu atau keluar mencari makanan, kami tidak menolak kemungkinan kumpulan gajah itu seolah-olah mahu memberi petunjuk bahawa akan berlaku musibah atau bencana alam selepas ini.

Gajah lari naik bukit Gua Musang, orang tua dulu cakap "petanda nak banjir besar"

“Oleh itu, masyarakat Orang Asli menjadikan kejadian itu sebagai petanda untuk kami membuat persiapan untuk berdepan musim tengkujuh tidak lama lagi, ” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 18 saat yang memaparkan sekumpulan gajah yang mendaki dan berada di atas bukit di Simpang Kuala Betis ke Lojing, Gua Musang.

Kebanyakan pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu berhenti dan merakamkan video apabila melihat gajah-gajah tersebut berada jelas di hadapan mata mereka di kawasan bukit itu.

@nadiaibrahim8620 Adakah sebarang rahsia di sebalik gajah2 yg memanjat Naik ke atas bukit?? wallahualam…semoga dipermudahkan segalanya 🤲🏼🥺 #gajahnaikbukit #rahsiaallah #lindungikamiyaallah #fypシ゚viral #1milionaudience #10kviewsplzz🙏🤔 #guamusang ♬ Ya Allah Lindungilah Kami – Yuda pratama & Ai khodijah

Baca Lagi:
Terkini : Panglima ATM tiba di Istana Negara
Iman muda kantoi khalwat dengan janda anak 4 dalam kereta depan masjid
Hanya modal RM50, lelaki dari Pulau Pinang menang jackpot RM69,637,527.25 juta terbesar dalam sejarah Malaysia
CATEGORIES