Jersi Terengganu 2023 tarik perhatian dunia, dikatakan mirip jersi terburuk kelab gergasi A.C.Milan

Jersi Terengganu 2023 tarik perhatian dunia, dikatakan mirip jersi terburuk kelab gergasi A.C.Milan

Jersi Terengganu 2023 tarik perhatian dunia, dikatakan mirip jersi terburuk kelab gergasi A.C.Milan. Dua hari lepas, Terengganu mencatat kemenangan 2-1 ke atas Kelantan United untuk perlawanan persahabatan pra-musim mereka. Tetapi yang menarik perhatian para penyokong ialah rekaan jersi skuad Peteh yang dikatakan mirip dengan jersi terburuk milik gergasi Serie A, A.C. Milan.

Hal ini didedahkan oleh portal Footy Headlines, sebuah portal yang menceritakan pelbagai perkembangan mengenai jersi bola sepak termasuklah dari Liga Malaysia.

Jersi Terengganu 2023 tarik perhatian dunia, dikatakan mirip jersi terburuk kelab gergasi A.C.Milan

Dahulu, pada satu ketika, jersi Rossoneri buatan Puma pernah menggunakan corak sekerat pada jersi mereka dengan belang warna merah hitam saja pada bahagian dada. Sementara selebihnya dibiarkan kosong dengan warna putih.

Dari satu segi, corak sekerat yang digunakan hampir sama pada kedua-dua jersi. Cuma yang berbeza ialah penggunaan warna turquoise oleh pembuat jersi Terengganu, Umbro.

Selain rekaan jersi A.C. Milan, Umbro turut menggunakan font nombor sama yang digunakan untuk jersi Chelsea pada musim 2019-2020. Satu-satunya perkara yang membezakan dua jersi tersebut ialah logo penaja diletakkan di bawah nombor jersi Terengganu berbanding logo kelab (Chelsea).

Tidak diketahui apa sebab yang mendorong Umbro menggabungkan dua rekaan itu pada jersi skuad Penyu. Tetapi yang pasti, jersi tersebut mendapat maklum balas positif penyokong yang melihatnya.

Baca Lagi:
Senarai rumah mewah milik 10 artis Malaysia yang buat orang ramai terkejut
Singapura tarik balik EGO Swiss Roll buatan Malaysia
Kakak menyesal suruh beli telur waktu malam, adik bongsu hilang 11 hari masuk alam bunian
CATEGORIES