Jadi tanda tanya bendera Malaysia terselit dalam Tifo Mega di Europa Conference League?

Jadi tanda tanya bendera Malaysia terselit dalam Tifo Mega di Europa Conference League?

Jadi tanda tanya bendera Malaysia terselit dalam Tifo Mega di Europa Conference League? Bagaimana bendera Malaysia boleh terselit dalam sebuah tifo gergasi yang dinaikkan oleh penyokong sebuah kelab di Europa Conference League?

Menurut laporan, sebelum pertembungan antara Trabzonspor dengan wakil Switzerland, FC Basel dalam kempen Europa Conference League, sebuah tifo gergasi telah dinaikkan oleh sekumpulan penyokong Trabzonspor.

Trabzonspor merupakan kelab dari Turkiye yang sedang beraksi di saingan ketiga tertinggi di Eropah selepas Champions League dan Europa League. Tahun ini adalah edisi kedua ia dilangsungkan – Roma juara edisi lalu.

Jadi tanda tanya bendera Malaysia terselit dalam Tifo Mega di Europa Conference League?

Mereka sedang beraksi di pusingan play-off yang mana pemenang akan mara ke pusingan 16 terbaik. Dalam aksi yang berlangsung di laman sendiri pada Selasa, Trabzonspor mengatasi Basel dengan keputusan tipis 1-0.

Seperti yang kita ketahui, wilayah selatan dan tenggara Turkiye telah dilanda musibah besar iaitu gempa bumi yang telah memusnahkan bandar yang berpenduduk padat yang sedang nyenyak tidur pada 6 Februari lalu.

Setakat ini, dilaporkan oleh media lebih 41,000 mangsa telah meninggal dunia di Turkiye termasuk sebahagian Syria akibat musibah tersebut.

Walaupun begitu, aktiviti harian sudah kembali berjalan di sebahagian wilayah selepas tempoh berkabung selama tujuh hari telah berlalu.

Ini termasuklah perlawanan bola sepak melibatkan pasukan tempatan.

Sebelum aksi antara Trabzonspor dan Basel berlangsung, sebuah tifo gergasi telah dinaikkan memperlihatkan seorang pekerja penyelamat bersama seorang bayi daripada serpihan runtuhan bangunan. Di dalamnya turut terdapat imej seekor anjing penyelamat dan bendera Turkiye.

Anjing tersebut difahamkan bernama Proteo, yang dibawa oleh penyelamat dari Mexico yang terkorban ketika sedang bertugas di kawasan bencana.

Ia sebuah tifo yang dianggap menyayat hati oleh sebahagian media di Eropah dan merupakan ‘tribute’ khas oleh penyokong Turkiye kepada para penyelamat yang telah datang membantu negara mereka saat ini.

Menariknya, di helmet penyelamat di tifo itu terdapat bendera Malaysia. Bagaimana bendera Malaysia boleh terselit di dalam tifo mega tersebut?

Difahamkan semua bendera yang disematkan di helmet penyelamat itu adalah negara-negara yang telah menghulurkan bantuan kepada mereka.

Malaysia menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) tidak sampai 12 jam selepas bencana dan merupakan antara negara asing pertama yang tiba untuk misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi gempa bumi di sana pada 7 Februari lalu.

Selain Malaysia, terdapat juga bendera negara seperti Korea Selatan, India, Perancis, Sepanyol, China, Jerman, Kazakhstan serta banyak lagi.

Mereka turut dikhabarkan memohon maaf kepada negara-negara yang mana tidak sempat disematkan di tifo tersebut disebabkan kekangan masa.

Jadi, jika ada yang masih tertanya-tanya bagaimana bendera Malaysia boleh terselit di tifo di Europa Conference League, inilah jawapannya.

Baca Lagi:
“Ayah suka baby”, sanggup ambil anak angkat banyak-banyak, tapi kali ini baby perempuan sikap lain macam..
KJ kongsi maksud sebenar disebalik nama anak-anak yang unik
Netizen terkejut tengok rumah banglo Lan Solo, ‘bapak besar’
CATEGORIES