KJ kongsi maksud sebenar disebalik nama anak-anak yang unik

KJ kongsi maksud sebenar disebalik nama anak-anak yang unik

KJ kongsi maksud sebenar disebalik nama anak-anak yang unik. Selepas Khairy Jamaluddin sah menerima tawaran menjadi DJ di Hot FM minggu lalu, jumlah pendengar stesen radio di YouTube dan laman Hot FM pada hari Rabu baru-baru ini meningkat drastik.

Oleh sebab ‘pejabat’ KJ tidak berjauhan dengan konti Molek FM, DJ Nazz yang cukup popular dengan segmen ‘Begitu Begini’ dan kini meneruskan segmen itu melalui ‘Kerusi DJ Nazz’ tidak mengambil masa lama untuk menemuramah bekas Menteri Kesihatan itu walaupun dalam tempoh singkat.

KJ kongsi maksud sebenar disebalik nama anak-anak yang unik

Pelbagai perkara dibualkan antaranya adalah sifat karismatik KJ, sebab menyertai dunia politik dan top 3 band tempatan yang disukai KJ.

@khairykj76 Dusk till dawn #khairyjamaluddin #kjswag ♬ original sound – KJ

Namun, paling mencuri tumpuan apabila DJ Nazz tanpa berselindung memuji keunikkan nama-nama anak KJ dan meminta beliau menjelaskan kenapa memilih nama-nama tersebut; Jibreil Ali Jamaluddin, Timor Abdullah Jamaluddin dan Raif Averroes Jamaluddin.

Tersenyum KJ selepas mendengar soalan yang dilontarkan oleh DJ Nazz itu dan beliau mengakui setiap nama-nama itu mempunyai sebabnya tersendiri.

“So Jibreil Ali sebab dinamakan selepas Malaikat Gabriel, Ali pula diambil daripada nama pak cik isteri saya. Jadi nama itu sangat bermakna dan dia (Jibreil Ali) merupakan anak pertama kami.

“Ramai yang kata ‘Timor’ itu diambil daripad ‘Amir Timur’, seorang pejuang daripada Uzbekistan. Sebenarnya tidak, kami sukakan bunyi nama itu dan ‘Abdullah’ diambil daripada datuknya, ‘Pak Lah’.

“Raif (Rev) tiada sebab. Kami cuma sukakan nama itu. Dan ‘Averroes’ sudah tentu diambil daripada ‘Ibnu Averroes’, seorang pemikir yang saya hormati,” terang KJ kepada DJ Nazz.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj)

Pada akhir temu bual ringkas tersebut, DJ Nazz mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ditemu bual dan beliau berharap mempunyai lebih waktu untuk bersembang dengan ikon ‘Tall, Dark and Handsome‘ di Malaysia itu

Selain menjadi DJ di Hot FM, KJ juga kini memegang dua portfolio di kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai Penasihat Belia Johor dan Lembaga Pengarah JDT.

Baca Lagi:
Netizen terkejut tengok rumah banglo Lan Solo, ‘bapak besar’
Bayi merangkak atas bumbung rumah seorang diri jadi tanda tanya
Mesin ATM pertama di Malaysia keluarkan jongkong emas
CATEGORIES