‘Boleh buka kelas untuk ilmu’, – Lelaki tak bekerja tapi punyai 3 isteri

‘Boleh buka kelas untuk ilmu’, – Lelaki tak bekerja tapi punyai 3 isteri

‘Boleh buka kelas untuk ilmu’, – Lelaki tak bekerja tapi punyai 3 isteri. Gambar sekadar hiasan .Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan mempunyai tiga isteri, namun dia tidak bekerja.

New York Post melaporkan, bapa dua anak, Nick Davis, 39, sebaliknya hanya menjadi ‘suri rumah’.

Tiga isterinya, April, Danielle dan Jennifer, bekerja sepenuh masa.

'Boleh buka kelas untuk ilmu', - Lelaki tak bekerja tapi punyai 3 isteri

Nick bertemu isteri pertamanya, April, ketika menuntut di universiti, 15 tahun lalu, sebelum berkahwin pula dengan Jennifer sembilan tahun kemudian.

Walaupun kedengaran luar biasa, April, 38, berkata dia gembira apabila ada wanita lain yang dapat memenuhi keperluan Nick.

April juga yang memperkenalkan suaminya kepada Jennifer, 25, yang ketika itu berusia 19 tahun, apabila memikirkan dia sesuai untuk keluarga mereka.

“Jelas bagi saya yang dia (Jennifer) seorang yang hebat, ada intelek tinggi dan saya tahu bahawa Nick tertarik dengannya,” kongsi April.

HM2002bini3 1676864554 e1676889645931

Selepas keluarga itu muncul di rancangan realiti Seeking Sister Wife tahun lalu, Danielle yang berusia 22 tahun pula menjadi isteri baharu Nick.

Dalam majlis perkahwinan dengan dua lagi isterinya, Nick berkata, dia merealisasikan impian kerana komited dengan Danielle.

“Memiliki tiga isteri dan hidup harmoni adalah sesuatu yang sukar dipercayai. Seperti mimpi jadi realiti,” kata Nick.

“Sejujurnya saya tidak pernah terfikir saya boleh sebahagia ini.

“Saya tidak fikir kebahagiaan seperti ini wujud sehingga menemui cinta seperti ini,” kata Danielle.

Jennifer melahirkan anak pertama mereka yang diberi nama Vera, pada Jun tahun lalu.

Nick juga mempunyai seorang anak lelaki remaja hasil perkahwinan terdahulu.

Baca Lagi:
“Ayah suka baby”, sanggup ambil anak angkat banyak-banyak, tapi kali ini baby perempuan sikap lain macam..
KJ kongsi maksud sebenar disebalik nama anak-anak yang unik
Menang ‘cabutan bertuah’ sebanyak RM32 juta, lelaki dari Johor jadi jutawan segera
CATEGORIES