‘Itu fitnah, kenderaan rasmi saya Myvi’ – Maszlee

photo 2022 02 04 11 45 38 2 e1643946434573 744x370 1

‘Itu fitnah, kenderaan rasmi saya Myvi’ – Maszlee. AHLI Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik sekali lagi menafikan beliau diberikan Toyota Vellfire sewaktu memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Maszlee berkata, perkara itu adalah fitnah dan menjelaskan kenderaan rasminya adalah Perodua Myvi.

Dalam hantaran sama, Maszlee turut memuat naik dua keping gambar dirinya sedang memandu sebuah kereta Perodua Myvi warna hitam dan foto dengan menampal gambar wajahnya dengan kereta Aston Martin.

‘Itu fitnah, kenderaan rasmi saya Myvi’ – Maszlee

“Fitnah kononnya saya diberikan Vellfire no 2828. Itu milik EMGS agensi KPM (sekarang KPT) yang digunakan sewaktu saya menteri.

“Hari saya berhenti, kereta itu dipulangkan dan terus digunakan oleh CEO EMGS. Kenderaan rasmi saya Myvi, dan terkini ‘Aston Martin’,” katanya,

Sebelum ini, Maszlee menafikan dakwaan rasuah terhadapnya serta menyifatkannya sebagai fitnah oleh pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Maszlee berkata, beliau bersedia disiasat berhubung dakwaan menerima sejumlah wang bagi digunakan untuk aktiviti politiknya.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan rekayasa dusta berbaur fitnah ini,” katanya.

Maszlee sebelum ini pernah menafikan dakwaan menerima sebuah kenderaan jenis Vellfire dari satu syarikat di bawah Kementerian Pendidikan semasa beliau menjadi menteri. – Malaysiapost

Baca lagi:  ‘Baru disebut-sebut Maszlee calon MB terus ada kes rasuah’ – soal PKR Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published.