Isteri abang lori J&T jadi perhatian, ‘beruntung kau bang ada isteri macam ni’

Photo of author

By Joe

Isteri abang lori J&T jadi perhatian, ‘beruntung kau bang ada isteri macam ni’. Antara rahsia keharmonian rumah tangga ialah suami isteri makan bersama. Realitinya tidak semua pasangan berpeluang untuk makan bersama setiap kali waktu makan. Namun itu tidak menjadi penghalang buat pasangan ini kerana mereka mencari jalan untuk makan bersama.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh @fatihamazlan1997 di TikTok, kelihatan dia menghantar makanan buat suaminya pada waktu rehat.

@fatihamazlan1997 dilihat membawa beberapa jenis lauk termasuklah makanan kegemaran suaminya.

Isteri abang lori J&T jadi perhatian, 'beruntung kau bang ada isteri macam ni'

Menggunakan masa yang ada, @fatihamazlan1997 bukan sahaja menghantar makanan malah turut menemani suaminya itu makan tengah hari.

@fatihamazlan1997Walaupon ssh nak makan tengahari sekali. Kita bawakkan dia makan. Love You Bae💕♬ Si Gendut – Agus Gobang

Suaminya dilihat begitu berselera menikmati lauk-pauk yang dimasak dan dihidangkan oleh isterinya itu. Berkali-kali dia memuji keenakan air tangan isterinya itu.

Warga siber yang menonton perkongsian video berkenaan turut berasa gembira melihat pasangan suami isteri itu. Mereka turut mendoakan @fatihamazlan1997 sekeluarga agar diberikan kebahagiaan hidup.

Memang beruntung benar abang lori ini. Sudahlah isterinya cantik, pandai memasak siap datang hantar makanan pada waktu rehat lagi.

Semoga pasangan suami isteri ini bahagia hingga akhir hayat.

Baca Lagi:
Kenapa sudah saman tapi ada diskaun?
UMNO Kelantan akan putus hubungan dengan Amanah jika tak minta maaf
Pelancong China kongsi pengalaman berada di Malaysia, siap puji rakyat Malaysia semua baik-baik ada yang bagi RM200