Pelancong China kongsi pengalaman berada di Malaysia, siap puji rakyat Malaysia semua baik-baik ada yang bagi RM200

Pelancong China kongsi pengalaman berada di Malaysia, siap puji rakyat Malaysia semua baik-baik ada yang bagi RM200

Pelancong China kongsi pengalaman berada di Malaysia, siap puji rakyat Malaysia semua baik-baik ada yang bagi RM200. Seorang pelancong China berkongsi pengalaman manis beliau sepanjang bercuti di Malaysia, di mana beliau menggambarkan bahawa negara yang kaya dengan budaya ini sebenarnya turut kaya dengan hati budi.

Berkongsi kisahnya, Ting, yang berasal dari China telah hadir ke Malaysia dari Singapura. Beliau pada mulanya tidak mengendahkan sangat untuk menukar mata wang, apa lagi kini transaksi tanpa tunai sangat diutamakan.

Bagaimanapun, apa yang beliau tidak tahu ialah tak semua perkhidmatan menerima pembayaran kad atau dalam talian. Ada yang masih bergantung pada pembayaran tunai, dan bakal menjadi satu masalah jika tidak mempunyai wang tunai, dan itulah yang berlaku kepada Ting.

Pelancong China kongsi pengalaman berada di Malaysia, siap puji rakyat Malaysia semua baik-baik ada yang bagi RM200

Maklumat ini dikongsikan oleh seorang lelaki warga Malaysia yang memberitahunya bahawa beberapa tempat tidak menerima pembayaran kad. Apa yang Ting tidak tahu, lelaki yang berkongsi maklumat kepadanya itu ternyata menjadi penyelamat.

“Dia mengeluarkan dompetnya dan memberi saya RM200. Saya bertanya kepadanya bagaimana saya memulangkan wang itu, dan dia berkata tidak perlu.”

Ting berkongsi imej lelaki tersebut yang mengenakan t-shirt hitam dan seluar pendek merah jambu, seperti yang ditunjukkan di laman media sosialnya.

Hal kedua yang buat dia rasa orang Malaysia baik hati adalah bila mana dia meminta seorang lelaki warga Malaysia untuk mengajarnya cara untuk menaiki bas ke pusat bandar.

Lelaki itu bagaimanapun menawarkan kepada Ting untuk menaiki teksi bersama dengannya. Ini kerana kebetulan dia juga mahu ke pusat bandar.

“Dia memberitahu saya, tidak perlu membayar kerana kami melalui laluan yang sama. Semasa perjalanan, dia juga banyak memberitahu saya tentang perkara yang perlu diberi perhatian apabila berada di negara ini,” tambah Ting.

Menurutnya, lelaki itu sopan walaupun kulitnya sedikit gelap. Apabila dia turun dari teksi, dia mengarahkan pemandu untuk menghantar Ting ke destinasinya.

“Rakyat Malaysia sangat baik!” Ting meluahkan.
Baca Lagi:
Puteri Sarah dedah dicerai 2 kali
Sambut raya tanpa anak, ibu pelakon dakwa anak diberi minum ‘air syaitan’
Mangsa kedua kanak-kanak perempuan maut akibat strok haba
CATEGORIES