UMNO Kelantan akan putus hubungan dengan Amanah jika tak minta maaf

UMNO Kelantan akan putus hubungan dengan Amanah jika tak minta maaf

UMNO Kelantan akan putus hubungan dengan Amanah jika tak minta maaf. Umno Kelantan pertimbang untuk memutuskan hubungan dengan Amanah sekiranya Pengarah Komunikasi parti itu, Khalid Samad tidak memohon maaf secara terbuka susulan kenyataan mengenai permohonan pengampunan diraja dibuat bekas perdana menteri, Najib Razak.

Ketua Penerangan Umno Kelantan, Zawawi Othman, berkata Khalid perlu memohon maaf kepada Umno susulan kenyataannya merayu Yang di-Pertuan Agong supaya menolak permohonan pengampunan itu.

“Umno Kelantan mendesak Khalid selaku pengarah Komunikasi Amanah yang merangkap pengerusi Amanah Kelantan untuk memohon maaf secara terbuka kepada Umno lanjutan daripada kenyataan beliau bahawa Amanah merayu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya menolak permohonan pengampunan terhadap bekas perdana menteri.
“Untuk rekod, rayuan pengampunan diraja yang dibuat terhadap Najib adalah keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

UMNO Kelantan akan putus hubungan dengan Amanah jika tak minta maaf

Pada 27 April lalu, Khalid yang mewakili Amanah dilaporkan merayu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan agar menolak permohonan Najib daripada diberi pengampunan sekali gus dibebaskan dari penjara.

Khalid berkata, Amanah berpendirian, hanya dengan cara itu saja nama baik negara dan komitmen untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa dapat dijaga.

“Dengan penuh hormat dan takzim, kami dari Parti Amanah Negara (Amanah) ingin merayu kepada YDPA (Yang di-Pertuan Agong) dan Lembaga Pengampunan supaya permohonan pengampunan ini ditolak dan Najib terus dipenjarakan atas sebab kesalahan yang jelas telah beliau lakukan,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Zawawi berkata kenyataan Khalid jelas menyinggung perasaan ahli Umno secara keseluruhannya.

Katanya, Umno Kelantan sedia memutuskan hubungan dengan Amanah sekiranya Khalid tidak menarik balik kenyataan berkenaan.

“Sehubungan dengan itu, Umno Kelantan akan mempertimbangkan untuk memutuskan kerjasama dengan parti Amanah di Kelantan.

“Sekiranya Khalid tidak menarik balik pernyataan tersebut yang ternyata amat menyinggung perasaan ahli Umno keseluruhannya,” katanya lagi.

Semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua pihak termasuk parti politik yang ‘bersahabat’ dengan BN untuk tidak membuat kenyataan tidak wajar mengenai pengampunan Najib.

Baca Lagi:
‘Ayah beli nasi lemak dibalut kertas kerja Matematik, komen netizen jadi perhatian ramai’
Pelancong China kongsi pengalaman berada di Malaysia, siap puji rakyat Malaysia semua baik-baik ada yang bagi RM200
Ramai tak tahu, rupanya ada 5 jenis kereta yang memiliki cukai jalan paling mahal di Malaysia
CATEGORIES