Ini respon Mat Sabu selepas dilantik Menteri Pertanian, ‘saya ingat dilantik ke KDN’

Ini respon Mat Sabu selepas dilantik Menteri Pertanian, ‘saya ingat dilantik ke KDN’

Ini respon Mat Sabu selepas dilantik Menteri Pertanian, ‘saya ingat dilantik ke KDN’. Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu tidak menyangka dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam barisan Kabinet baharu diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Ini kerana, katanya beliau menjangkakan akan dipilih menerajui Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Saya agak saya akan dilantik ke KDN kerana sebelum ini saya terbabit dalam banyak hal pertahanan tapi tak sangka pergi ke menteri pertanian.
“Apa pun kita dalam satu pasukan yang mana sebarang kekurangan akan dibincang secara bersama,” katanya ketika ditemui selepas hadir dalam perhimpunan pertama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Taman Desa Aman di sini, malam tadi.

Ini respon Mat Sabu selepas dilantik Menteri Pertanian, 'saya ingat dilantik ke KDN'

Turut hadir, Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi PH Kedah, Datuk Johari Abdul.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, bidang pertanian dan keterjaminan makanan adalah baru baginya dan perlu mendengar taklimat dulu sebelum mengeluarkan sebarang arahan.

“Ia satu benda baharu kepada saya dan saya akan dengar dulu taklimat daripada pegawai-pegawai daripada kementerian tentang setakat mana persediaan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai barisan Kabinet baharu, Mohamad berkata, barisan Kabinet perlu bekerja lebih kuat susulan pengecilan jumlah menteri.

“Kita terpaksa memikul kerja yang lebih besar dan berat kerana menteri lebih kecil sekarang dan dia (Perdana Menteri) mahu hasil yang lebih baik lagi pada masa akan datang,” katanya.

Mohamad berkata, pelantikan kesemua menteri itu adalah proses awal berikutan akan terdapat pelantikan timbalan menteri selepas ini.

“Ini baru peringkat menteri, akan diikuti timbalan menteri dan lantikan lain.

“Perbincangan akan disambung semula untuk mengisi jawatan lain selepas pembentukan kerajaan perpaduan,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berharap harga makanan di negara ini akan turun tidak lama lagi apabila mata wang ringgit lebih mengukuh.

Katanya, dengan pengukuhan ringgit, kos import makanan akan lebih murah yang sekali gus akan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat di negara ini.

“Dalam masa seminggu saja selepas pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, mata wang kita telah mengukuh daripada RM4.80 (berbanding 1 dolar AS) kepada RM4.40.

“Apabila mata wang kita bertambah kukuh, kita menjangkakan kos import makanan lebih murah, justeru kita berharap harga makanan juga akan lebih murah. Jadi kita harap trend ini (kenaikan nilai ringgit) akan berterusan,” katanya.

Baca Lagi:
Kilang Dutch Lady pula bakal ditutup di Petaling Jaya
Keluarga sepakat ‘pasung’ leher ibu dengan rantai ditengah hutan
Sanusi gelar kabinet Anwar kerajaan ‘luar tabii’
CATEGORIES