Kumpulan lelaki ini selamba solat berdiri dalam Komuter

Kumpulan lelaki ini selamba solat berdiri dalam Komuter

Kumpulan lelaki ini selamba solat berdiri dalam Komuter. Umum tahu sebagai seorang Muslim, solat merupakan tiang agama dan sememangnya wajib dilakukan. Dalam pada itu, tempoh solat yang singkat serta terikat dengan komitmen membuatkan segelintir individu memilih untuk menunaikan solat tanpa mengira tempat.

Terbaharu, tular di TikTok @bentengsejagat melihatkan sekumpulan lelaki solat secara berdiri dalam komuter dari Butterworth menuju ke Padang Besar. Difahamkan situasi yang dirakamkan ini berlaku pada setiap hari.

@bentengsejagatSolat Subuh dalam train komuter. Butterworth – Padang Besar. Situasi ini setiap pagi, bagi mereka yang ulang alik Kerja dengan menggunakan KTM Komuter ini. 😊

♬ original sound – Founder Misi

Kumpulan lelaki ini selamba solat berdiri dalam Komuter

Berdasarkan perkongsian, difahamkan kumpulan ini telah mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum menaiki komuter untuk ke tempat mencari rezeki.

Tindakan mereka untuk sanggup solat sambil berdiri antara tempat duduk penumpang ini secara tidak langsung telah meraih perhatian netizen yang rata-ratanya memujinya.

Kumpulan lelaki ini selamba solat berdiri dalam Komuter

Kumpulan lelaki ini selamba solat berdiri dalam Komuter

Malah, terdapat netizen yang berpendapat golongan ini wajar untuk dijadikan calon suami sekiranya masih bujang. Walau bagaimanapun, terdapat juga netizen yang menyoal dari segi keselamatan untuk solat berdiri dalam komuter.

Perkongsian video yang dimuat naik dua hari lalu telah meraih lebih 500,000 tontonan setakat ini di TikTok.

Baca Lagi:
3 bekas pelajar MCKK dalam kabinet baru Anwar
Sanusi gelar kabinet Anwar kerajaan ‘luar tabii’
BN sah berundur, beri laluan kepada PH bertanding di Padang Serai
CATEGORIES