Sanusi gelar kabinet Anwar kerajaan ‘luar tabii’

Sanusi gelar kabinet Anwar kerajaan ‘luar tabii’

Sanusi gelar kabinet Anwar kerajaan ‘luar tabii’. Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor melabelkan kabinet Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan gelaran ‘kerajaan luar tabii’.

Ini apabila Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi turut dilantik sebagai timbalan perdana menteri dalam barisan kabinet yang diumumkan semalam itu.

“Kerajaan yang dibentuk itu bertentangan dengan aspirasi dan kehendak rakyat Malaysia. Sah-sah dah kerajaan ini bertentangan dengan bayangan dan gambaran seluruh rakyat Malaysia.

“Kehendak kita bukan macam tu, kehendak kita lain. Tsunami yang melanda dalam PRU ke-15 tidak sama sekali bermaksud melantik PH campur BN jadi kerajaan, tak bermaksud begitu.

“Tsunami yang melanda ini yang patutnya difahami oleh semua orang ialah tsunami Melayu. Mahukan kepada kerajaan bersih, stabil dan prihatin. Bukan kerajaan kleptokrasi, berpakat dengan ‘cauvinis’ tubuh kerajaan mengawal tingkah laku kita semua.

“Kerajaan ini bertentangan dengan tabii, kerajaan ini kerajaan ‘luar tabii’,” katanya ketika menyampaikan ceramah sempena pogram Jelajah Menteri Besar Kedah sempena pilihan raya bagi Parlimen Padang Serai, di Taman Mutiara, Kulim, malam tadi.

Sanusi gelar kabinet Anwar kerajaan 'luar tabii'

Dia berkata demikian sebagai mengulas pelantikan Zahid sebagai timbalan perdana menteri dan barisan jemaah menteri selepas PH dan BN bekerjasama membentuk kerajaan persekutuan.

Sementara itu, Sanusi yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berkata, apa yang lebih membimbangkan kerajaan ‘luar tabii’ itu sedang dinormalisasikan.

“Kerajaan ini kerajaan yang mengecewakan kita semua, bukan saya seorang. Sekarang ini selepas berlaku pembentukan kerajaan luar tabii ini, luar tabii ini sedang dinormalkan.

“Ingat senang nak buat benda itu, tiba-tiba selepas lapan hari (Anwar dilantik sebagai perdana menteri), benda yang paling kita tak mahu berlaku dalam negara ini ialah melantik seorang yang ada kes mahkamah begitu banyak, dengan tuduhan rasuah ratusan juta ringgit akhirnya dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

“Satu yang sangat di ‘luar tabii’. Adakah satu tabiat yang betul melantik orang yang ada kes mahkamah jadi pemimpin negara? Tak betul tuan-tuan, tak boleh,” tegasnya.

Justeru katanya, pengundi di Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman perlu menghantar mesej untuk menyedarkan semula kefahaman pemimpin bahawa rakyat tidak mahu keadaan sedemikian.

Proses pilihan raya bagi Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman kini sedang berlangsung selepas ditangguh susulan kematian calon masing-masing daripada PH dan PN, baru-baru ini.

Ahamad Zahid telah dibebas dan dilepaskan daripada 40 pertuduhan rasuah VLN pada 23 September lalu.

Pun begitu, dia masih berdepan dengan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi.

Dia diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Jan lalu.

Baca Lagi:
Bukan calang-calang orang Menteri Agama kali ini, Ketua Hakim Syarie
RASMI: Senarai Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan (PH, BN dan GPS Sarawak)
Sah Celcom dan Digi bergabung, ini yang perlu anda tahu mulai sekarang
CATEGORIES