“Ingatkan dekat Jepun, rupanya dekat Malaysia weh..” tular video bela ikan koi dalam longkang air jernih

“Ingatkan dekat Jepun, rupanya dekat Malaysia weh..” tular video bela ikan koi dalam longkang air jernih

“Ingatkan dekat Jepun, rupanya dekat Malaysia weh..” tular video bela ikan koi dalam longkang air jernih. Anda tentu pernah ‘terserempak’ dengan video tular berkenaan kawasan longkang di Jepun yang sangat bersih. Selain mengalirkan air yang jernih, longkang berkenaan juga menjadi tempat ikan koi berenang-renang tenang.

Ramai yang kagum dengan standard kebersihan di Jepun, kerana longkang yang sinonim dengan kawasan kotor di tempat kita, boleh bertukar menjadi seperti sungai kecil yang boleh menampung kehidupan di sana.

Namun begitu, jangan terkejut kerana sebenarnya longkang jernih berisi ikan koi juga boleh ditemui di Malaysia. Walaupun bukanlah pada skala besar seperti longkang awam di Jepun, namun ia cukup untuk mencerminkan kualiti kebersihan kawasan berkenaan kepada umum.

"Ingatkan dekat Jepun, rupanya dekat Malaysia weh.." tular video bela ikan koi dalam longkang air jernih

Terdapat seorang wanita muda yang kreatif, mengadaptasi konsep ini untuk menyediakan tempat tinggal yang selesa buat ikan-ikan koinya. Pengguna TikTok (@littleaishaameena) telah mendokumetasikan caranya memeliharan ikan koi yang unik dan berkongsi dengan warga maya.

Menerusi video yang dimuat naik, ikan koi peliharaanya dilihat berenang-renang di sekitar kawasan longkang rumahnya.

Berbeza dengan ‘longkang’ yang biasa kita lihat, longkang di rumah wanita ini sangat bersih dan mampu membantu sesiapa sahaja untuk ‘healing’ dengan mudah.

@littleaishaameena Bela Ikan dalam longkang ✅ #ikanlongkang #mypet #ikanlongkangje #healing #healingtiktok #fypシ ♬ Ikan Ikan – Rindu

Teknik tersebut menyentuh rasa ingin tahu para warga maya di TikTok

Menjadi adat resam di TikTok, jika ada sesuatu yang ganjil, mesti ada yang bertanya di ruangan komen. Perkara ini bagus sebenarnya kerana membuktikan masyarakat kita gemarkan ilmu pengetahuan bersesuaian dengan pepatah, malu bertanya sesat jalan.

Contohnya, ada yang bertanya bagaimana kolam ini dicuci? Adakah caranya sama seperti akuarium? Wanita tersebut telah menjawab persoalan berkenaan dengan membalas salah satu komen pada videonya.

Pada longkang yang diubahsuai, terdapat satu lubang khas untuk mengeluarkan air longkang sebelum melakukan pencucian. Konsep yang sama seperti paip cuci yang terdapat pada tangki rumah anda.

Sebelum air dikeluarkan, ikan-ikan koi akan diletakkan dalam bekas sementara seperti baldi sepanjang tempoh pembersihan ‘rumah mereka’. Selepas air keluarkan, kaedahnya hampir sama dengan membersihkan dinding akuarium mahupun kolam ikan.

Antaranya, mengutip bahan hiasan (dalam video ini, batu sungai), menyental permukaan dinding longkang daripada sebarang tumbuhan lumut dan mengisi longkang dengan air takunagn yang baharu.

Apabila keadaan longkang tersebut sudah mencapai standard kebersihan yang diingini, ikan-ikan koi tersebut akan dilepaskan semula dalam ‘rumah mereka’.

@littleaishaameena Replying to @mr nice guy macam ni 😁 #ikanlongkang #ikanlongkangje #ikankoi #minigarden ♬ Married Life (From “Up”) – Gina Luciani

Bagi sesiapa yang tidak dapat ‘move on’ daripada video-video ikan yang comel, pengguna tersebut memahami hati para warga maya dan ‘memayung’ beberapa video berkenaan ikan koi peliharannya.

@littleaishaameena Replying to @Adda Nah special untuk awak! 🫶🏾 #ikanlongkang #ikanlongkangje #ikankoi #minigarden #kebunsayur ♬ Obsessed With You x All About Him – ARNEL REMIX

Semoga menjadi inspirasi untuk anda semua yang berhajat memelihara ikan koi di dalam longkang, seperti di Jepun.

Baca Lagi:
Orang ramai dipanggil ke bank, hanya 5 minit tunggu dah dapat duit, rupanya ini sebenarnya yang berlaku
“Lain diharap, lain pula yang dapat”, MP PAS rasmi mesin ATM dikecam warganet
Askar berpangkat Koperal hilang di Hutan Simpan Belum
CATEGORIES