Pengantin lelaki hadir ke majlis pernikahan dengan memakai T-Shirt putih sukan jadi tanda tanya orang ramai

Pengantin lelaki hadir ke majlis pernikahan dengan memakai T-Shirt putih sukan jadi tanda tanya orang ramai

Pengantin lelaki hadir ke majlis pernikahan dengan memakai T-Shirt putih sukan jadi tanda tanya orang ramai. Bagi kebanyakan orang, majlis pernikahan adalah salah satu upacara suci yang akan diraikan dengan meriah dan bersungguh-sungguh kerana ia adalah salah satu titik permulaan kepada sebuah kehidupan yang baharu buat pasangan pengantin. Disebabkan itu, kebiasaannya pada hari majlis perkahwinan, pengantin akan bersiap dengan cantik dan segak serta mengenakan busana yang baharu.

Walau bagaimanapun, lain pula halnya yang terjadi kepada sepasang pasangan pengantin ini yang kedua-duanya kelihatan sangat berbeza di hari pernikahan mereka.

Berdasarkan gambar yang dikongsi, pengantin perempuan dilihat begitu jelita dengan menggayakan gaun berwarna putih, wajah yang siap disolek dengan manis serta memakai aksesori rambut yang ringkas tetapi tetap menaikkan seri pengantin. Namun yang menarik perhatian, penampilan pengantin perempuan itu nampaknya tidak selari dengan penampilan pasangannya.

Pengantin lelaki hadir ke majlis pernikahan dengan memakai T-Shirt putih sukan jadi tanda tanya orang ramai

Menerusi gambar, dapat dilihat bagaimana tenangnya pengantin lelaki menghadiri majlis pernikahannya sambil memakai baju kemeja-T berwarna putih, dan memadankannya dengan seluar jean. Berbeza dengan penampilan yang biasanya dipakai oleh pengantin lelaki ketika meraikan hari bahagia, lelaki ini kelihatan seperti hari tersebut adalah hari yang tiada bezanya dengan hari-hari sebelumnya.

Walaupun tidak diketahui alasan disebalik gaya luar biasa pengantin lelaki ini, tetapi usahanya untuk tetap hadir ke hari pernikahannya juga adalah satu perkara yang sepatutnya dipuji.

Mungkin, pengantin lelaki itu berdepan dengan masalah sebelum sampai ke dewan pernikahan…

Menerusi gambar-gambar yang dikongsi, raut wajah pengantin lelaki juga kelihatan dalam keadaan yang keletihan, seolah-olah tidak sempat untuk berehat sebelum pergi menandatangani sijil pernikahan antara dirinya dengan kekasih yang dicintainya.

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman yang dimuatnaik semula oleh laman Good Times ini telahpun meraih lebih dari 1,300 reaksi, 44 perkongsian dan 53 komen daripada warganet yang kebanyakannya meninggalkan ucapan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat pasangan yang secocok ini.

“Apa yang penting adalah… pengantin lelaki tetap hadir dan mengucapkan ‘saya sudi”

Pengantin lelaki hadir ke majlis pernikahan dengan memakai T-Shirt putih sukan jadi tanda tanya orang ramai

“Pakaian apa yang pengantin lelaki pakai adalah tidak penting. Dia kelihatan lebih kacak dengan pakaiannya dan pengantin perempuan sudah lebih dari gembira. Tahniah dan selamat. Nikmatilah!”

Pengantin lelaki hadir ke majlis pernikahan dengan memakai T-Shirt putih sukan jadi tanda tanya orang ramai

“Dikatakan adalah lebih baik untuk kita tidak menghakimi seseorang melainkan kita sendiri yang melalui jalan hidupnya.

Kita tidak tahu keadaan pengantin lelaki mahupun kita tahu apa yang sebenarnya dia sedang lalui, justeru kita tidak mempunyai hak untuk menghakiminya.”

Pengantin lelaki hadir ke majlis pernikahan dengan memakai T-Shirt putih sukan jadi tanda tanya orang ramai

“Apa yang penting adalah dia (pengantin lelaki) hadir.”

Pengantin lelaki hadir ke majlis pernikahan dengan memakai T-Shirt putih sukan jadi tanda tanya orang ramai

Apa-apapun, didoakan semoga hubungan perkahwinan pasangan ini kekal selamanya walaupun mereka mempunyai gambar hari majlis pernikahan yang sangat unik!

Baca Lagi:
“Ingatkan dekat Jepun, rupanya dekat Malaysia weh..” tular video bela ikan koi dalam longkang air jernih
Muncul cahaya merah bulat gergasi di langit gemparkan penduduk
Raya Aidilfitri: Cuti sekolah bermula 19 April
CATEGORIES