Lelaki ‘terkerat’ zakar sendiri semasa mimpi potong daging

Lelaki 'terkerat' zakar sendiri semasa mimpi potong daging

Lelaki ‘terkerat’ zakar sendiri semasa mimpi potong daging.

Seorang lelaki di Ghana terpaksa merayu tabung derma bagi pembedahan selepas terpotong zakar sendiri ketika sedang bermimpi, lapor akhbar Daily Star UK semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Kofi Atta,47, terlelap di kerusi rehat dan tanpa sedar bangun mengambil pisau lalu memotong kemaluannya yang disangka daging semasa dalam mimpi.

Atta terjaga dalam keadaan separuh sedar selepas berasa sakit akibat kecederaan itu dan berjaya meminta bantuan jiran yang terkejut melihat dia dalam keadaan berlumuran darah.

Lelaki 'terkerat' zakar sendiri semasa mimpi potong daging

“Saya sedang duduk di kerusi saya ketika mengantuk. Dalam tidur saya, saya bermimpi bahawa saya sedang memotong daging.

“Saya tidak ingat bagaimana saya mengambil pisau itu dan saya sangat keliru,” jelas Atta.

Atta hanya sedar apa yang berlaku bukan mimpi apabila tiba di hospital selepas dibawa oleh dua jirannya.

Baca Lagi:

Kes Najib : Lelaki ugut ketua Hakim Negara ditahan

Akhirnya Najib mengaku dana SRC RM42 juta masuk dalam akaunnya

Bas berlumba rempuh lori tangki minyak, 20 penumpang maut terbakar hidup-hidup

Leave a Reply

Your email address will not be published.