Kes Najib : Lelaki ugut ketua Hakim Negara ditahan

Kes Najib : Lelaki ugut ketua Hakim Negara ditahan

Polis Diraja Malaysia(PDRM) mengesahkan telah menerima laporan berhubung ancaman dan ugutan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat di media sosial.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner A. Skandaguru berkata, tangkapan juga telah dilakukan ke atas seorang lelaki berusia 30 tahun di sebuah rumah di Puchong semalam.

“Suspek ditahan kira-kira pukul 11.15 malam bagi membantu siasatan berhubung kes yang disiasat.

Kes Najib : Lelaki ugut ketua Hakim Negara ditahan.

“Polis turut merampas satu unit telefon bimbit dan kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran ugutan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, suspek dibenarkan untuk ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 23 Ogos untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas(USJT), Jabatan Siasatan Jenayah di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut.

“Kes ini juga akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhimatan rangkaian,” jelasnya.

Tambahnya, PDRM memandang serius perkara ini dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan membabitkan isu salah laku jenayah dan isu ketenteraman awam yang boleh mengganggu gugat keamanan.

Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahguna platform media sosial untuk mengancam keselamatan.

Baca Juga : 

Bas berlumba rempuh lori tangki minyak, 20 penumpang maut terbakar hidup-hidup

‘Entah apa yang dia kejar’ – [VIDEO] Lori potong barisan, tersangkut kabel sampai tiang letrik tumbang

Lelaki dikecam netizen, sanggup berlakon kurang upaya demi mendapatkan tempat letak kereta OKU

CATEGORIES