Bas berlumba rempuh lori tangki minyak, 20 penumpang maut terbakar hidup-hidup

Bas berlumba rempuh lori tangki minyak, 20 penumpang maut terbakar hidup-hidup.

Sekurang-kurangya 20 orang maut dalam kejadian kemalangan yang melibatkan sebuah bas rempuh lori tangki minyak didakwa berlumba dengan dua buah bas lain, 16 Ogos lepas.

Bas yang dipenuhi penumpang dan sesak itu merempuh bahagian belakang lori tangki tesebut di lebuhraya berhampiran dengan pusat bandar Multan di Pakistan.

Pegawai Polis Pakistan, Imaran Shaukat berkata terdapat tiga buah bas sedang berlumba dan satu daripadanya telah merempuh sebuah lori tangki minyak.

Memetik The Sun, nahas ngeri itu telah mencetuskan kebakaran kepada kedua-dua lori tangki dan juga bas yang membawa penumpang itu.

Menerusi rakaman dari tempat kejadian, pihak anggota penyelamat sedang mencari mangsa yang masih terselamat dalam rempuhan dan kebakaran yang berlaku itu.

Ketika kejadian itu berlaku, bas berkenaan dipercayai sudahpun hampir tiba di perhentian yang hendak dituju untuk menurunkan pernumpang-penumpang yang dibawanya.

Menurut pegawai penyelamat yang bertugas, sekurang-kurangnya 20 penumpang maut terbakar dan orang dilaporkan terselamar, lapor Dunya TV menerusi The Sun.

“Kebanyakan mayat penumpang yang terkorban terbakar sepenuhnya dan hampir tidak dapat mengenali rupa mereka. Mayat-mayat ini akan diserahkan kepada ahli keluarga selepas melakukan ujian DNA” jelasnya.

Salah seorang pekerja menyelamat berkata, sebahagian penumpang sedang tidur ketika kebakaran di dalam bas yang menuju ke bandar pelabuhan Karachi itu.

“Sebaik sahaja kami tiba, kami dapat melihat api yang sedang marak ‘menelan’ dengan rakus setiap bahagian bas,” katanya.

Menurut laporan, pemandu lori tangki tersebut berjaya melarikan diri dari tempat kejadian semasa kemalangan itu berlaku. Dalam pada itu, kemalangan maut merupakan hal biasa yang berlaku di pakistan berpunca dari pemanduan laju dan struktur jalan yang lemah.

Terdahulu, sebuah kapal tangki minyak dilaporkan terbalik dan terbakar di wilayah itu hingga mengorbankan 100 nyawa pada 2017 dan pada 2015 pula, sekurang-kurangnya 62 orang terbunuh dalam satu lagi nahas membabitkan sebuah bas penumpang dan sebuah lori tangki minyak di wilayah Sindh.

Baca Juga : 

‘Entah apa yang dia kejar’ – [VIDEO] Lori potong barisan, tersangkut kabel sampai tiang letrik tumbang

Skandal LCS: Satu lagi dokumen rahsia bakal didedahkan kepada rakyat

Suami Datuk Zahida ketua Puteri UMNO meninggal dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published.