Mesin layan diri jual ganja muncul secara misteri di Bangkok undang kecaman warganet

Mesin layan diri jual ganja muncul secara misteri di Bangkok undang kecaman warganet

Mesin layan diri jual ganja muncul secara misteri di Bangkok undang kecaman warganet.

Pengguna media sosial di Thailand mengecam dan mempersoal sebuah mesin layan diri menjual ganja yang muncul secara misteri di Bangkok.

Lapor thethaiger.com, pengguna Twitter dikenali sebagai C.Veasarach memuat naik sekeping gambar memaparkan mesin layan diri tanpa memaklumkan lokasi sebenar di Bangkok.

Mesin layan diri itu tertera This Machine is Green di bahagian kiri kemudahan tersebut.

Mesin layan diri jual ganja muncul secara misteri di Bangkok undang kecaman warganet

Gambar itu dimuat naik dengan keterangan `mesin layan diri ini merupakan respons kepada undang-undang baharu ganja di Thailand’.

“Mesin ini menawarkan alat tentang cara menggunakan ganja.

“Saya tertanya-tanya sama ada mesin ini meminta pelanggan menunjukkan kad pengenalan sebelum membeli, namun siapa yang akan menyemaknya ?

“Adakah mesin ini mempunyai peranti mengimbas kad pengenalan ? saya benar-benar ingin tahu kerana tidak pernah membuat pembelian sebelum ini,” jelasnya.

Gambar itu menampilkan sebuah mesin layan diri berwarna hijau dengan skrin memaparkan beberapa produk berkaitan ganja.

“Terdapat preskripsi pada mesin itu yang tertera `bahan ini tidak dijual kepada individu berumur di bawah 20 tahun (sila tunjukkan kad pengenalan sebelum membeli) serta wanita hamil dan yang menyusu anak,” jelasnya.

Ramai warganet bersetuju dengan pandangan C.Veasarach mengenai mesin layan itu tidak bersesuaian dan terlalu mudah diakses.

Malah, ramai menggesa pihak berkuasa menyiasat kewujudan mesin layan diri itu dan besar kemungkinan mesin tersebut milik pelabur berpengaruh.

Baca Lagi:

Anjing pengedar ganja ‘Serah Diri’ setelah tuannya kantoi, siap baring sekali

Rakyat Malaysia dinasihatkan berhati-hati makan di Thailand, takut dicampur ganja

Peternak di Thailand beri ayam makan ganja untuk hasilkan daging dan telur yang lebih baik

CATEGORIES