Ramai tertipu dengan saintis terkenal kongsi gambar bintang, rupa-rupanya….

Ramai tertipu dengan saintis terkenal kongsi gambar bintang, rupa-rupanya….

Ramai tertipu dengan saintis terkenal kongsi gambar bintang, rupa-rupanya…..

Seorang saintis terkenal Perancis memohon maaf selepas ia mendedahkan bahawa gambar yang didakwanya sebagai bintang yang ditangkap menggunakan Teleskop Angkasa James Webb sebenarnya adalah sekeping chorizo.

Etienne Klein, seorang ahli fizik di Suruhanjaya Tenaga Alternatif dan Tenaga Atom Perancis, menyiarkan gambar itu minggu lalu.

Klein berkata foto itu adalah Proxima Centauri, bintang paling hampir dengan Matahari, terletak hanya 4.2 tahun cahaya jauhnya.

“Tahap perincian seperti ini, dunia baharu didedahkan setiap hari,” ciapan dalam laman Twitter rasminya.

Foto itu, kelihatan seperti asli pada mulanya, ia menunjukkan cakera merah pekat dengan warna putih berputar berlatarkan latar hitam di belakangnya.

Tetapi dalam satu ciapan susulan, Klein mendedahkan bahawa foto itu bukan bintang, tetapi sebenarnya sepotong chorizo, sejenis sosej pedas dari Sepanyol.

Kenyataan itu telah membuatkan ramai orang marah kepadanya. Klein kemudian memintas maaf atas penipuan itu, dan memberitahu kepada saluran berita Perancis Le Point dan mendakwa bahawa niatnya pada peringkat awal adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang berita palsu dalam talian.

Pada akhirnya, awal minggu ini, dia membuat ciapan tentang gambar sebenar Chariot Wheel Galaxy.

Baca Lagi:

Logikkah menara Firaun dibina setinggi 15km? Ini 7 hujah dikongsi Saintis Muslim

Lohong hitam besar yang boleh ‘menelan’ Bumi ditemui saintis

Saintis dedah ada bahan plastik dalam darah manusia

CATEGORIES